[VIDEO] Sebak Sungguh Iklan Raya ‘Hero Realiti’ Dari Digi Ini. Korang Wajib Kena Tengok!

Iklan Raya Digi tak pernah mengecewakan.

Artikel ini ditaja oleh Digi.

Memang dekat-dekat nak raya ni, media sosial biasanya akan dibanjiri dengan pelbagai video iklan hari raya yang best belaka

Macam-macam versi iklan kita boleh tengok dan semuanya kreatif sangat.

Tapi kami tertarik dengan iklan yang satu ini, sebuah dokumentari pendek yang cukup memberi inspirasi. Iklan berjudul Hero Realiti terbitan Digi ni boleh buat korang rasa sebak, bangga dan dalam masa yang sama gembira.

Iklan ini mengisahkan tentang Encik Md Zin yang menderita penyakit strok dan setelah itu segala pergerakannya menjadi terhad termasuklah tidak dapat menunaikan ibadat dengan sempurna seperti orang lain

Encik Md Zin sentiasa menyimpan harapan dan selalu berdoa agar penyakit yang dihidapinya segera pulih supaya dia dapat kembali menunaikan solat seperti biasa. Katanya, raya tahun ini tidak bermakna jika tidak dapat solat sunat hari raya. Sebak.

Faktor tempat tinggal yang jauh daripada pusat terapi fisio yang sememangnya ada menyediakan program terapi khas untuk pesakit strok juga sedikit sebanyak menghalang Encik Md Zin untuk berulang alik ke sana bagi mendapatkan rawatan secara berkala.

Ini menyebabkan proses pemulihan memakan masa yang lebih panjang kerana pesakit strok memerlukan terapi yang lebih kerap untuk melatih mereka kembali berjalan dan melakukan tugasan harian seperti biasa. Justeru, Encik Md Zin sangat berharap supaya terapi fisio ini boleh dibuat di rumah kerana ia lebih mudah.

Melalui iklan ini, Digi dengan inisiatif dan kerjasama pihak Fakulti Perubatan, UiTM, Kampus Sg. Buloh serta Motiofixo telah berjaya menunaikan impian Encik Md Zin

Mesin terapi fisio ini telah dibawa keluar daripada hospital ke rumah Encik Md Zin sendiri.

Dengan teknologi VR, Encik Md Zin akhirnya dapat menjalani terapi fisio dengan lebih mudah. Nak tahu bagaimana teknologi ini membantu Encik Md Zin sehingga kembali pulih? Korang wajib tonton video kat bawah ini.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment