seismik

[VIDEO] "Kecil Cinonet" - Pemuda Ini Jem Kepala Tengok Iron Board Dalam Bilik Hotel

Untuk gosok apa je tu.

Cover image via @fathroselan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semenjak sempadan negara dibuka, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti

Tidak kiralah dalam ataupun luar negara. Bercuti sememangnya dapat menghilangkan stres selepas kita sibuk bekerja.

Malah, ada juga mahu duduk di dalam bilik hotel semata-mata untuk menenangkan fikiran mereka daripada diganggu betul tak?

Namun, lain pula yang terjadi dengan video seorang pemuda ini apabila dia berkongsi satu barangan dalam bilik hotelnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pelik tengok iron board yang sangat kecil

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda tersebut baru saja sampai di dalam bilik hotelnya.

Namun, dia kemudian pergi ke arah meja dan melihat satu barangan yang 'pelik'. Dia selepas itu mengambil dan cuba membukanya, rupa-rupanya ia adalah sebuah iron board.

Lebih menghiburkan lagi, saiz iron board itu bukanlah yang biasa kita lihat kerana saiznya sangat kecil. Hal itu membuatkan pemuda tersebut bertanyakan bagaimanakah dia mahu menggosok bajunya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Iron board tu kan abang kena rendam dulu. Nanti dia membesar sendiri" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat iron board itu dan memberikan pendapat mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 116.7K views, 6,190 likes dan 211 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, memang kecil betul nak gosok apa je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: