[VIDEO] Pilihan Raya McDonald’s Luar Biasa Meriah, Calon Mana Yang Bakal Jadi Juara?
Bukan biasa-biasa ni!
Baru-baru ini kami di SEISMIK ada menyiarkan berita tentang Pilihan Raya McDonald’s yang julung kalinya diadakan di Malaysia
Untuk pengetahuan korang, pilihan raya tersebut sudah pun bermula pada 13 Jun 2019 yang lalu dan akan berakhir pada 26 Jun 2019 nanti.
Apa yang mengujakan, kempen pilihan raya ini terus menerima sambutan luar biasa daripada netizen Malaysia. Yelah, lain daripada yang lain weh. Bagi yang belum tahu tentang keistimewaan pilihan raya melazatkan ini, baca artikel ini sampai habis ya!
Saingan calon sengit betul!
Kalau korang nak tahu, kesemua calon yang bertanding dalam pilihan raya ini terdiri daripada 3 pilihan menu lazat McDonald’s yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama iaitu McChicken, Double Cheeseburger dan Ayam Goreng McD.
Calon 1: McChicken
McChicken mempunyai pengalaman lebih 35 tahun sebagai salah satu menu terbaik pilihan rakyat Malaysia. Sehingga kini, ramai yang masih yakin dengan kemampuan McChicken untuk terus memegang gelaran sebagai menu No.1 di McDonald’s.
Manifesto:
Macam yang korang tahu, McChicken sejak sekian lama dah jadi pilihan hati rakyat Malaysia sebab harganya yang sangat murah. Jadi tahun ini, McChicken cuba untuk terus memenangi hati rakyat Malaysia dengan menurunkan lagi harga menunya. Kalau korang tak percaya, sebenarnya, harga McChicken Meal dah pun diturunkan kepada RM8.99 sepanjang tempoh pilihan raya ini. Dan kalau McChicken menang pilihan raya ini, korang boleh enjoy 2 hidangan McChicken dengan harga RM5 je sepanjang minggu! Uishh. Best nih.
Calon 2: Double Cheeseburger
Double Cheeseburger boleh dikatakan banyak membawa pembaharuan di McDonald’s. Mereka yang jemu dengan menu berasaskan ayam berubah arah memilih hidangan kepingan daging lembu lazat dalam Double Cheeseburger.
Manifesto:
Double Cheeseburger berjanji untuk kembali memperkenal semula hidangan popular Quarter Pounder dengan Keju yang sentiasa menjadi sebutan dan permintaan oleh warga media sosial. Paling syok, kalau beliau menang, menu Quarter Pounder dengan Keju akan jadi menu kekal di McDonald’s dan korang boleh enjoy 50% diskaun untuk hidangan lazat Double Cheeseburger! Onz tak onz?
Calon 3: Ayam Goreng McD
Menu ini antara yang menjadi fenomena dan kegilaan rakyat Malaysia sejak 2017 yang lalu. Nampaknya tahun ini Ayam Goreng McD cuba berentap dan mahu merebut gelaran menu terbaik No. 1 di McDonald’s.
Manifesto:
Walaupun masih baru di McDonald’s, Ayam Goreng McD berani weh untuk turun bertanding dalam pilihan raya. Katanya beliau pun nak buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau juga memahami keperluan rakyat Malaysia yang resah dengan harga barang yang asyik naik. Jadi, sepanjang tempoh pilihan raya ini, harga Ayam Goreng McD turun kepada RM13.99 sahaja. Dan kalau beliau menang, kita boleh beli Ayam Goreng McD dengan tawaran hebat Beli 1 Percuma 1 weh!
Kempen pilihan raya makin hangat
Sepanjang tempoh pilihan raya ini berlangsung, pelbagai gelagat penyokong yang turun berhimpun untuk berkempen mewakili calon bertanding dapat kita lihat di beberapa lokasi terpilih. Berikut antara video yang sempat dirakam sepanjang kempen tersebut. Meriah dan bersemangat betul mereka ni!
McChicken
Calon paling senior di McDonald’s ini masih lagi mendapat sokongan ramai sejak sekian lama. Dengan pengalaman lebih 35 tahun, beliau dan penyokong setianya yakin, pilihan raya ini milik mereka!
Double Cheeseburger
Dengar kata penyokong Double Cheeseburger mahukan perubahan dan pembaharuan. Barangkali tahun ini adalah peluang terbaik untuk mereka ubah dan lakukan sesuatu sebab asyik menu ayam je mendominasi. Korang rasa macam mana?
Ayam Goreng McD
Paling bersemangat setakat ini ialah penyokong Ayam Goreng McD yang terus menerus melaungkan slogan “Ayam No.1!, Ayam No.1” tanpa henti. Apakah tahun ini ada kejutan besar jika Ayam Goreng McD menjuarai pilihan raya mengalahkan burger yang sudah berbakti sekian lama? Pilihan bergantung di tangan anda!
Ayuh kita turun mengundi!
Wahai rakyat Malaysia, kami yakin korang mesti tak nak makanan kegemaran korang tu kalah dalam pilihan raya ini kan? Jadi, jom kita ke McDonald’s untuk sama-sama mengundi calon yang layak. Sebaiknya korang bawa lagi kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sokong dan turut mengundi tau.
Cara nak mengundi senang je, korang kena beli mana-mana makanan pilihan korang di McDonald’s sama ada melalui kaunter, Drive-Thru atau McDelivery. Dan dah siap! Dalam erti kata yang lain setiap 1 makanan yang korang beli, korang sebenarnya dah beri 1 undian untuk calon tersebut. Mudah kan!
Ingat tau, pilihan raya ini akan berakhir pada 26 Jun 2019 nanti dan keputusan pilihan raya pula akan diumumkan pada 27 Jun 2019! Korang rasa siapa akan menang? Sebarang maklumat lanjut tentang pilihan raya McDonald’s 2019, korang boleh layari laman McDonald’s sekarang.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.