[VIDEO] Operasi Sedang Berlangsung, Ramai Pertikai Anggota Polis Wanita Sempat Buat Live
Boleh ke ikut undang-undang?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sepertimana yang kita tahu, semua penjawat awam perlu mempunyai sifat integriti yang tinggi
Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memberitahu atau berkongsi tugasan yang sedang dilakukan kerana perkara itu merupakan sulit.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter tentang seorang anggota polis wanita yang membuat live di TikTok sewaktu operasi dijalankan telah mecuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok buat live TikTok semasa operasi dijalankan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota polis.
Difahamkan dia dan anggota kumpulannya sedang menjalankan sebuah operasi yang tidak dikenal pasti. Seperti yang semua tahu, dia sepatutnya bertindak profesional dengan tidak menyiarkan tugasan kepada khalayak ramai.
Namun, dia dengan sewenang-wenangnya membuat live di TikTok sambil berbual dengan netizen. Perkara itu membuatkan ramai berang dan mempertikaikan tindakannya.
"Daripada dulu dah pesan, jangan ambil rempit jadi polis" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 381K tontonan, 7K retweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Kemaskini: Difahamkan, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) juga telah diarah menyiasat video yang tular itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!