seismik

[VIDEO] Suka Sangat Makan Maggi , Gadis Ini Dapat 'Kek' Hari Jadi Istimewa Dari Keluarga

Terhibur!

Cover image via @abdulcicis (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti semua orang pernah atau gemar makan mi segera bukan? Ia kerana makanan itu lebih mudah dan cepat dimasak

Tetapi, pemakanan mi segera ini tidaklah begitu baik buat diri kita jika diambil selalu. Kalau sekali sekala teringin nak makan itu bolehlah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan sambutan hari jadi seorang gadis bersama keluarganya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@abdulcicis

Birthday girlnya suka makan maggi ##foryoupage ##fyp

Oh No - Kreepa

Keluarga berpakat bagi kek maggi masa hari jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang menyambut sambutan hari jadi untuk seorang gadis.

Namun, difahamkan gadis berkenaan merupakan penggemar maggi dan telah membuatkan keluarganya mempunyai satu idea menarik.

Sedang asyik menyanyi lagu happy birthday, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa kononnya 'kek' untuk gadis itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ia bukanlah kek biasa kerana kelihatan mereka menyusun mi segera sambil meletakkan lilin ditengahnya. Malah, 'kek' itu juga siap boleh menarik duit keluar.

"Hahaha kena buat dekat adik aku juga ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu. Malah, ada juga yang mahu melakukan perkara sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 82.9K views, 10.4K likes dan 247 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Korang yang suka makan maggi tu hati-hati takut nanti birthday kena macam ini juga :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: