seismik

"UIA Dah Maju" - Video Pelajar UIA Naik Turun Lif 'Transparent' Ini Buat Netizen Berdekah!

Memang betul-betul 'smooth' lah pergerakan mereka ini!

Cover image via Twitter @arifeetee

Telah viral sebuah rakaman video gelagat pelajar lelaki dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) naik turun lif dan eskalator 'transparent' di laman Twitter

Ternyata video berdurasi 12 saat yang dimuat naik @arifeetee itu telah menarik perhatian warganet sehingga meraih lebih 450 ribu tontonan, 40 ribu retweets dan 50 ribu likes.

Manakan tidak, pergerakan yang dilakukan pelajar-pelajar berkenaan sangat kemas dan 'smooth' menampakkan seolah-olah memang benar mereka sedang menaiki lif serta eskalator.

Tak percaya? Lihat sendiri video di bawah:

Susulan daripada tularnya video tersebut, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat yang dilakukan pelajar-pelajar UIAM itu

Ada yang komen tentang kelajuan lif dan eskalator 'lutsinar' itu, bahkan ada juga yang meminta video behind-the-scene kerana cukup kagum dengan kelancaran pelajar-pelajar itu bergerak.

Antara komen menarik yang ditulis warganet:

Dikhabarkan juga, eskalator dan lif 'lutsinar' tersebut terpaksa dirobohkan gara-gara tularnya video berkenaan.

Alahai, penulis pun terhibur tengok video mereka ini!

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi pelajar-pelajar universiti 'buat hal'!

Boleh baca juga artikel menarik ini:

Leave a comment