[VIDEO] "Selamat Hari Diabetes Sedunia" - Seismik Challenge: Kuiz Kencing Manis
Ketahui info tentang penjagaan diabetes anda hari ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Sanofi.
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah masalah kesihatan yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 537 juta orang dewasa di seluruh dunia merupakan penghidap penyakit diabetes pada tahun 2021.
Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) pada tahun yang sama di Malaysia juga mendapati satu daripada lima orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes.
Lebih membimbangkan lagi, hampir separuh daripada responden ini tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit diabetes.
Pesakit diabetes juga berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi yang serius sekiranya dijangkiti Covid-19.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing kerana kesihatan kita adalah milik dan tanggungjawab kita bersama.
Apa kata kita tonton dulu video Seismik Challenge kali ini dalam menjawab kuiz tentang penyakit kencing manis:
Fuh.. boleh tahan mencabar juga soalan-soalan kuiz yang Aina, Brenda, Suresh dan Raz kena jawab tentang penyakit kencing manis ya.
Tapi seronok, sambil jawab kuiz, dalam masa yang sama dapat juga mereka menimba ilmu pengetahuan tentang penyakit kencing manis!
Tahukah anda, walaupun sudah 100 tahun penemuan insulin, masih terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang menghidap diabetes tidak mendapat bekalan insulin yang mereka perlukan.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pengurusan insulin ini, anda kena tonton video ini sampai habis okay.
Jadi, teruskan menjaga kesihatan diri dan menjalani gaya hidup yang sihat demi kesejahteraan hidup anda okay. Selamat Hari Diabetes Sedunia! :)