seismik

[VIDEO] Tak Perasan Ada CCTV Merakam, Aksi Lelaki 'Rembat' Baju Dalam Wanita Ini Dikecam

Menakutkan orang macam ni.

Cover image via Perak Press (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak kes yang dirakam dari CCTV kita boleh lihat hari ini, terutamanya dalam kes jenayah

Namun, ada juga perkara yang tidak disangka terlihat di dalam rakaman CCTV tersebut. Sebab itu pentingnya meletakkan CCTV di luar rumah kita.

Tular sebuah video di Facebook baru-baru ini, memaparkan aksi seorang lelaki membawa pulang baju dalam wanita dari sebuah rumah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak perasaan aksi mencuri dirakam CCTV tuan rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memakai pelitup muka telah memasuki kawasan rumah sebelum mendekati ampaian kain yang berada di dalam rumah.

Lelaki itu kemudian dilihat mengambil sehelai baju dalam dan dengan segera meletakkannya di dalam poket seluar.

Perbuatannya itu membuatkan ramai mengecamnya dan meluahkan rasa risau mereka terhadap kejadian berkenaan.

"Muka dah terpangpang dekat CCTV, majukan dia ke polis Semoga dapat di berkas suspek" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 53K views, 834 likes dan 317 comments di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hati-hati semua, ingat angkat pakaian sebelum malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: