seismik

[VIDEO] "Thank You Uncle Kittu" - Majlis Perpisahan Untuk Pak Guard Ini Buat Ramai Sebak

Selamat bertugas di tempat baharu Uncle Kittu.

Cover image via @lindalabu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Benarlah bak kata pepatah, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan

Itu yang terjadi baru-baru ini, tularnya sebuah video mengenai majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang menyentuh hati ramai pengguna di media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok @lindalabu, pelajar sekolah dilihat berkumpul untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Uncle Kittu.

Rakaman video berdurasi seminit 13 saat itu menunjukkan keakraban dan kasih sayang para pelajar sekolah tersebut terhadap Uncle Kittu.

Pelukan erat dan ungkapan terima kasih murid-murid terhadap Uncle Kittu jelas menggambarkan kesetiaan pengawal keselamatan itu dalam menjalankan tugasnya.

Kenangan yang tidak akan dilupakan apabila diraikan bersama murid-murid dan guru-guru

Difahamkan, majlis perpisahan itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera berdekatan Jalan Bercham, Ipoh, Perak.

Menurut K Kittu, 50, majlis perpisahan itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan apabila diraikan bersama murid-murid dan guru-guru setelah berkhidmat selama enam tahun di sekolah berkenaan.

"Saya terpaksa berhenti kerana sudah berpindah di di Taman Seri Klebang. Sekolah ini agak jauh untuk berulang-alik dari sana.

"Saya tidak sangka majlis perpisahan yang diadakan sangat meriah dengan kehadiran murid-murid sekolah," katanya kepada Sinar Harian.

"First time aku tengok sekolah buat majlis perpisahan dengan pak guard.. mesti uncle kittu ni baik sangat.. sampai aku nangis wei" - Netizen

Sehingga artikel ini, video berkenaan kini telah meraih lebih 1.8 juta tontonan, 133.7K tanda suka dan 6,583 komen di TikTok.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat majlis perpisahan yang diadakan khas buat pengawal keselamatan itu yang akan berpindah dan berkhidmat di tempat lain.

Berikut antara komen menarik di TikTok:

Lihat video penuh di bawah:

@lindalabu

Selamat Bertugas Di tempat baru Uncle Kittu

Sampai Jumpa - Endank Soekamti

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: