seismik

"MY Digital ID" - Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Kemudahan Identiti Digital Nasional

Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital.

Cover image via MIMOS Berhad & Bernama via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, sekali gus menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID

Menurut laporan Bernama, Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID adalah platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

Dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan sudah mendaftar dengan Digital ID, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

Pengenalan Identiti Digital

Image via MIMOS Berhad

Menurut sumber MYGovernment, IDN merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan ‘What You Are’, ‘What You Have’ dan ‘What You Know’ yang disokong oleh rangka kerja identiti digital yang dipercayai (trusted digital identity framework).

IDN adalah suatu bentuk pengenalan digital yang digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital dan melakukan transaksi dalam talian secara lebih selamat. 

Walau bagaimanapun, IDN tidak akan menggantikan kad pengenalan. Sasaran utama pemilik IDN adalah rakyat Malaysia dan akan diperluaskan kepada pemastautin yang menetap di Malaysia.

Ciri-ciri IDN

- Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan dan komuniti perniagaan.
- Setiap warganegara dan penduduk yang layak akan didaftarkan dalam program IDN.
- Memanfaatkan data demografi JPN untuk pengeluaran IDN.
- Data biometrik baru (Cap Jari, Iris dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN.
- IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN. Nombor Kad Pengenalan digunakan oleh Warganegara & Pemastautin Tetap untuk transaksi IDN.
- Biometrik pelbagai-mod (“multi-modal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar.
- IDN akan membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian, serta perkhidmatan e-KYC.
- IDN akan memastikan reka bentuk yang menekankan aspek keselamatan dan privasi.
- IDN adalah unik untuk sepanjang hayat, dan seseorang individu tidak boleh mempunyai dua ID Digital.
- Platform IDN adalah saling hubung (“interoperable”) dan berasaskan dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa.

Image via MIMOS Berhad

Faedah daripada Projek IDN

Pelaksanaan IDN ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.

Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.

IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri. 

Disamping itu IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Dakwaan rekod peribadi serta perbankan akan bocor dan cip diimplan dalam tubuh individu, adalah tidak berasas langsung" - Anwar Ibrahim

Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata dalam membicara soal transformasi digital, rakyat harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi.

"Apa takut isu peribadi? Bank Negara Malaysia tidak akan lepaskan rekod personal perbankan peribadi. Jadi yang itu dikawal.

"Kemudian juga kata kononnya ada cip masuk dalam badan dan sebagainya, itu semua tengok banyak sangat filem Hollywood," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Bernama

Tambah Anwar lagi, sebelum membuat sebarang komentar, seharusnya dengar dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ia tidak menjejaskan keyakinan rakyat.

Menegaskan bahawa kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID, Anwar bagaimanapun menggalakkan penjawat awam keseluruhannya untuk mendaftar kerana pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan segala bentuk penyasaran subsidi akan disalurkan melalui Digital ID tersebut.

Sebagai rekod, pada 21 November lepas, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya membabitkan urusan dengan kerajaan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: