[VIDEO] "Untung Isteri Dia" - Jaga Ibu Sakit Di Hospital, Lelaki Ini Terima Pujian Netizen
Bukan semua anak bertanggungjawab macam ni.
Sebagai seorang anak adalah tanggungjawab kita untuk menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua dan uzur
Tanggungjawab itu haruslah kita pegang selagi ibu bapa kita masih ada. Namun, bukan senang sekarang ini nak melihat anak yang betul-betul ikhlas menjaga ibu bapanya sakit.
Kerana kesibukan kerja dan perkara lain yang menghalang mereka untuk memberikan waktu bersama.
Bagaimanapun, masih ada anak yang bertanggungjawab terhadap keadaan ibu bapanya dan mengambil berat dari segala aspek.
Anak lelaki jaga dan uruskan ibu yang sakit di hospital
Menerusi satu perkongsian video yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang pengguna telah merakam video secara senyap-senyap ketika seorang lelaki sedang bersama ibunya.
Lelaki berkenaan dilihat berseorang diri dan sedang menguruskan ibunya yang sedang terlantar sakit di salah sebuah hospital.
Suap ibu makan sambil bergurau untuk hiburkan hati
Selain itu, lelaki tersebut juga dilihat melayani ibunya dengan sopan dan lembut sekali semasa menjaga ibunya.
Dia juga sempat menyuap makanan kepada ibunya sambil bergurau untuk menghiburkan hati ibunya.
Sifat lelaki itu turut dianggap sebagai contoh seorang anak yang baik dan patut dicontohi oleh anak muda zaman sekarang.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet telah memuji dengan tindakan lelaki itu yang sangat bertanggungjawab kepada ibunya