Viral Kisah Ibu Tertinggal Anak Di Stesen Petrol, Netizen Pula Kongsikan Pengalaman Sama!
Mujur ibu dan anak ini bertemu kembali!
Waktu Raya antara waktu paling best untuk kita kongsi kisah-kisah menarik pada ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan
Iyalah, Raya kan menjelma setahun sekali. Waktu Raya merupakan waktu kita berkumpul di satu tempat untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan sanak-saudara dan ukhwah di antara teman-teman.
Apabila sudah berkumpul itu, mulalah masing-masing berkongsikan cerita-cerita menarik pada satu sama lain. Boleh jadi yang dikongsikan itu cerita seram, cerita lucu, bahkan cerita yang memalukan juga!
Baru-baru ini, tular kisah seorang ibu secara tidak sengaja tertinggal anak perempuannya di stesen minyak Shell di kawasan R&R Temerloh, selepas berhenti menunaikan solat
Semasa dalam perjalanan balik kampung, ibu beranak enam ini secara tidak sengaja tertinggal salah seorang anaknya di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh menghala ke arah pantai timur.
Wanita tersebut hanya menyedari anaknya tertinggal selepas melakukan perjalanan kira-kira 15 kilometer dan hampir memasuki Bandar Maran sebelum dihubungi pekerja stesen minyak itu memberitahu anaknya tertinggal di stesen minyak berkenaan.
Apabila tersedar anaknya tertinggal, wanita terbabit kemudian terus memuat naik satu tweet di laman sosial Twitternya untuk meminta orang ramai yang berada berhampiran Temerloh membantunya.
Tweet itu ternyata mendapat perhatian orang ramai yang mana rata-rata membuat retweet demi membantu wanita berkenaan.
Walau bagaimanapun, mujur pada kira-kira pukul 3.34 petang, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dihantar semula ke pangkuan ibunya dengan menaiki motosikal seorang pekerja Shell yang dikenali sebagai Suria.
Sudah menjadi adat Internet, apabila muncul cerita-cerita sebegini, sudah tentu ada sahaja yang akan mengecam wanita itu seolah-olah tidak tahu menjaga anak.
Meskipun begitu, ibu beranak enam itu tetap menerima teguran dan kecaman yang diterimanya di samping bersyukur kerana telah dipertemukan kembali dengan anaknya berkat doa dan pertolongan orang ramai.
Yang ada anak ramai itu, tolonglah check dua tiga empat kali pastikan kesemua anak ada dalam kereta
Apa kata kita gembira dan bersyukur ibu dan anak itu bertemu semula. Tak ke lagi molek begitu?