seismik

[VIDEO] Viral Lelaki Selamba Berpaut Belakang Lori Ini Tiba-Tiba Terjun Ke Tengah Jalan

Risau tengok.

Cover image via Inforoadblock (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita seringkali disarankan untuk tidak melakukan perkara yang membahayakan

Perkara tersebut adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku. Sebagai umat Islam, kita juga dinasihati supaya menjaga nyawa yang dikurniakan dengan sebaik mungkin. 

Baru-baru ini, tular di Facebook tentang sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berpaut pada belakang lori masa di jalan raya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tiba-tiba terjun dari lori semasa lori sedang dipandu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang memandu sambil merakam situasi di depan keretanya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ada seorang pemuda yang dilihat berpaut pada belakang lori itu tiba-tiba terjun semasa lori itu bergerak. Pada awalnya, dia hanya berpaut saja, namun dia bertindak untuk terjun dan membahayakan dirinya. 

Mujur, lelaki itu telahpun membuat panggilan kepada pihak berkuasa. Dia dan keluarganya juga dilihat membantu pemuda itu. 


"Nasib baik jumpa orang yang prihatin membantu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4K tontonan, 233K tanda suka dan 2K komen di Facebook itu, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mangsa kini dihantar ke klinik untuk menerima rawatan lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: