seismik

"Terbakar" - Kejadian Kereta Mengundur Turun Bukit Di Genting Cetus Perbualan Netizen

Perkara itu menimbulkan panik dalam kalangan pengguna jalan raya.

Cover image via @ren.pmx (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya dapat menjamin keselamatan jalan raya

Kadangkala kecuaian akan membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Oleh sebab itu, sebagai pemandu jalan raya kita perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa memandu termasuklah sentiasa servis kenderaan sebelum berjalan jauh. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah kereta terbakar di Genting telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kereta terbakar dan tiba-tiba undur menurun bukit dengan bahaya

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman pemandangan di Genting Highland daripada cable car. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebauh kereta dilihat terbakar di jalan raya. Kereta itu tiba-tiba mengundur dan dipandu menuruni bukit secara berbahaya. 

Akhir video itu, kelihatan kereta yang terbakar itu melanggar kereta Vellfire yang berada didepannya. Situasi memaparkan ramai pengguna jalan raya panik dan cemas akibat kejadian itu. 

"Nasib tak meletup masa langgar Vellfire, memang berjasa kena dengan nama" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 963K tontonan, 28K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Risau betul tengok tu, harap-harap tak ada yang cedera!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: