seismik

[VIDEO] “Selfish” - Wanita Ini Dikecam Ramai Sebab Nak Cop Parkir Sampai Tak Nak Berganjak

Dah 2022, masih ada lagi isu cop parkir?

Cover image via @jalanbasah1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mencari parkir semasa peak season di mall bukanlah satu yang mudah

Kadangkala sampai pusing satu mall untuk cari parkir. Pusat beli-belah yang besar pula kadang menyediakan tempat parkir yang luas dan sukar untuk dicari. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita cop parkir dengan berdiri dalam petak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba berdiri dalam petak dan tak beralih selepas dihon

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman dashcam seorang pemandu kereta yang sedang mencari parkir di mall dipaparkan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semasa pemandu itu dapat parkir dan hendak meletakkan keretanya, ternyata terdapat seorang wanita yang berdiri dan tidak memberi pemandu itu parkir. 

Wanita itu dengan selambanya mengecop parkir untuk keluarganya. Dia juga melambai menandakan bahawa parkir itu sudah ada yang punya. 

"Aku penah kene macam ni dulu, tekan hon pun tak nak bla, last-last aku bagi 2 step berapi exhaust aku baru menggelabah nak lari, sebab memang bergema parking tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 99K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berang dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Boleh kena saman ni mak cik, salah tau cop parkir di sisi undang-undang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022