seismik

Wajah Rakan Melecur Tahap 3, Wanita Dakwa Pemilik 'Mobile Spa' Langsung Tak Ambil Peduli

Namun, pemilik spa mengaku tidak bersalah.

Cover image via Nur Narquiyah Halil / Facebook

Peniaga sepatutnya perlu bertanggungjawab dalam apa jua maklum balas yang diterima daripada pelanggan, sama ada baik atau buruk

Gambar sekadar hiasan

Image via wp.com

Sekiranya pelanggan memuji servis yang diberikan, peniaga haruslah berterima kasih kepada mereka dan mengajak mereka untuk gunakan lagi servis tersebut pada masa hadapan.

Namun jika sebaliknya, peniaga haruslah bertanggungjawab dalam membetulkan keadaan, bukan mengeruhkannya lagi. Langkah paling baik adalah dengan mengaku kesalahan, memohon maaf dengan ikhlas, memberi free gifts, berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama di masa akan datang, dan lakukan apa sahaja yang boleh memberi kepuasan kepada pelanggan berkenaan. Asalkan ianya tidak melampaui batas.

Ini adalah asas atau basic dalam perniagaan bagi menjaga hubungan baik di antara peniaga dan juga pelanggan

Walau bagaimanapun, perkara yang basic sebegini pun masih gagal dipenuhi oleh sesetengah peniaga di luar sana. Sama seperti kes yang diceritakan oleh Nur Narquiyah Halil di Facebook ini.

Narquiyah menceritakan kes di mana rakan karibnya terpaksa menderita daripada lecur tahap 3 di bahagian muka, mata, dan leher akibat kecuaian seorang pakar kecantikan yang datang ke rumah rakannya itu. Lebih buruk lagi, dia mendakwa bahawa pemilik spa berkenaan langsung tidak ambil peduli tentang aduan yang dibuat, malah turut tidak memohon maaf atas kecuaian tersebut.

Baca status penuh Narquiyah di bawah:

Pada hari Ahad lepas (9 Disember 2018), kawan saya Inazalina Zalina mendapatkan servis facial dengan mobile spa The Walking Beauty Project dengan seorang pakar kecantikan.

Apa yang mengecewakan ialah, kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yang sedang menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dah lah dia tak dengar cakap kawan saya yang risaukan steamer itu terlalu dekat dengan mukanya, sudahnya memang betul-betul tumpah. Kau rasa?

Wajah Inazalina sebelum melecur.

Image via Nur Narquiyah Halil / Facebook

Kawan saya pun pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yang terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan. Apa yang lebih mengecewakan ialah kawan saya ini bekerja sebagai customer service yang perlu berjumpa orang setiap hari.

Wajah Inazalina selepas melecur.

Image via Nur Narquiyah Halil / Facebook

Kawan saya menghubungi pakar kecantikan tersebut untuk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam wad, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c Shaklee sebagai "pampasan". Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tangan dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yang menimpa kawan saya itu.

Respon daripada pemilik spa.

Image via Nur Narquiyah Halil / Facebook

‌Oleh itu, saya di sini membantu mencoretkan post ini untuk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yang tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dapat panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak The Walking Beauty Project lagi. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda.

Tiada apa lagi yang boleh kembalikan muka beliau seperti dulu. Telanlah berkotak-kotak supplement ataupun buatlah segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yang sangat panjang untuk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau? Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pun takut nak tengok muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanlah post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.

Apabila ditanya tentang kemalangan tersebut oleh seorang pelanggan, The Walking Beauty Project (TWB) berkata bahawa servis mereka dijalankan berdasarkan SOP yang selamat

Tak lama selepas itu, FB The Walking Beauty Project dilihat telah dipadam

Mangsa lecur, Inazalina turut meluahkan rasa sedihnya menerusi satu status di FB.

Menurutnya, keadaan lecurnya terlalu teruk sehinggakan anak kandungnya sendiri berasa takut untuk melihat wajahnya.

Sedih dan hiba melanda Inazalina selepas mendapat tahu bahawa kondisi lecurnya berada pada tahap 3 dan tidak boleh pulih sepenuhnya sampai bila-bila.

Kulitnya juga tidak boleh langsung terkena cahaya matahari dan dinasihatkan untuk kekal di dalam rumah selama enam bulan. Paling menyedihkan ialah apabila anaknya sendiri yang sebelum ini selalu bermanja dengannya kini tidak mahu dekat kerana terlalu takut melihat wajahnya yang melecur teruk.

Baca status Inazalina di sini.

Setelah isu ini viral, akhirnya pemilik TWB tampil memberi penjelasan dengan berkata bahawa dirinya telah difitnah

Pemilik TWB, Ainul Shahrazad dalam satu status panjang di FB menjelaskan pihak TWB tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu ini. Menurutnya, TWB merupakan sebuah projek yang memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara membuat facialfoot spahand spa, dan macam-macam lagi.

Pemilik TWB, Ainul Shahrazad.

Image via Ainul Shahrazad / Facebook

Selepas selesai kursus tersebut, terpulang kepada peserta sama ada mereka ingin memulakan perniagaan spa sendiri atau tidak. Ada juga peserta yang pergi menambah ilmu rawatan spa di tempat lain, bukan di TWB sahaja.

Jadi, segala apa yang terjadi selepas itu adalah di luar bidang kuasa TWB dan TWB tidak sepatutnya bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku.

Baca status penuh Ainul Shahrazad di bawah:

Jadi, macam mana nak selesaikan ni?

Image via gifer.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes viral dan kontroversi di Seismik!

You may be interested in: