Gadis Terima Sepucuk Surat Dari Budak Tahfiz, Kandungannya Memang Boleh Buat Orang Sentap

Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas.

Jangan sangka kanak-kanak yang masih bersekolah belum mencapai kematangan yang secukupnya

Image via iluminasi.com

Bak kata orang, usia tidak menentukan kedewasaan dan kematangan. Ada sesetengah individu yang mempunyai buah fikiran yang jauh lebih matang berbanding rakan-rakan lain pada usia yang sama.

Perkembangan akal fikiran seseorang adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti didikan, persekitaran, pendedahan, pengaruh rakan sebaya, dan sebagainya. Disebabkan itu, mentaliti dan pemahaman setiap orang terhadap sesuatu perkara sememangnya berbeza. Ada yang terlebih matang, ada juga yang pendek akal.

Perkongsian dari seorang gadis ini boleh dijadikan contoh tentang ukuran kematangan seseorang apabila dia didatangi seorang pelajar tahfiz

Gadis tersebut, Siti Suzaida yang sedang berada di padang tiba-tiba didatangi seorang pelajar tahfiz yang tidak dikenalinya. Pelajar tahfiz tersebut tiba-tiba memberi sepucuk 'surat layang' kepada Siti serta memberitahunya untuk mengongsikan isi kandungannya kepada orang ramai.

Image via imgur.com

Disangkakan surat cinta, gadis ini terkejut apabila membaca isi kandungannya yang sarat dengan teguran, nasihat, dan peringatan tentang... aurat wanita.

Ya, tentang aurat wanita.

Image via blogspot.com

Surat empat muka surat itu ditulis secara rapi tentang teguran yang pastinya mampu membuka mata mana-mana wanita yang bergelar Muslimah.

Menariknya, teguran pelajar tahfiz itu juga penuh dengan kerendahan hati apabila dia begitu kerap memohon maaf, barangkali khuatir tegurannya itu mampu mengguris perasaan gadis tersebut.

"Pertama, saya nak tegur pasal pakai tudung tayang dada"

Muka surat pertama dimulakan dengan 'tayang dada', sebelum diteruskan kepada bahagian aurat yang lain.

Baca di bawah:

Pelajar tahfiz itu kemudian menyelitkan hadith Nabi dalam muka surat kedua serta menyentuh isu pakaian ketat yang dipakai oleh wanita berhijab

Kandungan surat itu diteruskan ke bab kaki kerana "kaki juga haram"

Akhir sekali, pelajar itu memohon maaf serta menasihatkan gadis tersebut agar memperbaiki cara pemakaian dan menutup aurat dengan lebih sempurna

Masih kurang jelas? Mungkin gambar di bawah dapat membantu.

Mohon sebarkan untuk kebaikan bersama. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment