seismik

‘Rakan Saya Dirogol Pada Usia 21, Dia Lelaki’ - Pendedahan Wanita Ini Buat Ramai Terkejut!

Betul cakap Joker, dunia kini semakin gila.

Cover image via Scientific American & Twitter @sysyaaa

Isu tentang rogol merupakan satu perkara taboo di Malaysia. Walaupun sudah memasuki tahun 2020, perkara ini masih dipandang enteng oleh segelintir masyarakat.

Bukan itu sahaja, ramai mangsa rogol ini memilih untuk berdiam diri daripada melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Sebab utama adalah kerana insiden tersebut memalukan serta takut menjadi bahan percakapan orang ramai. 

Selain itu, ada juga mangsa yang dijadikan victim-blaming di mana mereka dipersalahkan kerana cara pemakaian yang dilihat menjadi punca diperkosa. Pemikiran seperti ini amatlah tidak membantu para mangsa yang tidak berdaya dan ketakutan.

Image via Google

Percaya atau tidak, mangsa rogol ini tidak hanya terdiri daripada kaum wanita sahaja tau! Ada juga kes yang melibatkan kaum lelaki cuma ia jarang dilaporkan.

Seorang wanita dikenali sebagai Sysyaaa berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai kisah rakan lelakinya yang menjadi mangsa rogol di usia 21 tahun namun memilih untuk mendiamkan diri. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 4.4 ribu retweets dan 5.3 ribu likes

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Guardian

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bahasa: 

"Rakan saya diperkosa pada usia 21 tahun. Tiada laporan dibuat, biarkan perogol itu terlepas. Rasa nak bunuh diri, kemurungan, tiada siapa yang ingin membantu. Tiada siapa yang percayakan dia. 

"Pada mereka, apa yang terjadi kepadanya adalah satu perkara yang mustahil. Oh, saya bagitahu tak yang kawan saya itu lelaki?" tulisnya. 

Bahasa:

"Kita bangkit bersuara mempertahankan kaum wanita, tapi saya perasan dan tertanya-tanya kemanakah tenaga yang sama digunakan untuk kaum lelaki yang tidak berdaya di dalam situasi itu?

"Janganlah disebabkan seseorang mempunyai zakar, itu bukanlah perisai untuk tidak menjadi mangsa. Sejujurnya, mereka juga terdedah kepada bahaya," tulisnya. 

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet. Rupa-rupanya, ramai lelaki yang pernah menjadi mangsa namun memilih untuk berdiam diri.

Bahasa: 

"Rakan saya hampir menjadi mangsa rogol pada usia 16 tahun. Mujur keluarga dia mempercayainya. Dia sangat takut dan trauma dengan insiden itu. 

"Dia berada di pusat membeli-belah untuk berlatih meluncur ais akan tetapi dia menjadi mangsa rakan sebayanya. Ya, ramai rakan sebaya," tulisnya. 

Bahasa:

"Pernah berada dalam situasi itu, saya dipaksa untuk menghisap z*r dan buat 'sesuatu' pada usia 7 tahun. Sebenarnya, saya lupa tentang perkara itu buat sementara waktu namun mengingatinya kembali semasa remaja. 

"Cara saya menghadapi insiden itu adalah dengan menonton banyak video lucah, m
*****p dan bermain game tak berhenti," tulisnya. 

Bahasa:

"Kemudian, keadaan menjadi teruk hingga saya mengalami social anxiety yang teruk. Hinggakan zaman persekolahan saya hancur dan harus berhenti daripada hadir ke sekolah selama setahun. 

"Saya tiada tempat mengadu mahupun orang yang boleh dipercayai. Hilang kepercayaan terhadap tuhan dan hilang segalanya. Kini, saya berusaha untuk bangkit kembali," tulisnya. 

Bahasa:

"Kami ada jumpa kes seperti ini sekali-sekala di hospital. Sekarang, dah semakin kurang stigma masyarakat tentang lelaki yang menjadi mangsa rogol. 

"Pergi ke pihak yang sepatutnya, buat laporan polis, pemeriksaan doktor, sesi kaunseling atau terapi. Cubalah dapatkan bantuan kerana ia ada," tulisnya. 

Dalam pada itu, ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan wanita itu

Bahasa:

"Rogol masih lagi satu jenayah tidak kiralah apa jantina mangsa atau perogol sekalipun. Perogol wajar ditinggalkan mereput dalam penjara. 

"Cuma sesetengah millenials yang fikir mangsa rogol lelaki adalah lawak," tulisnya.

Sebab inilah pentingnya pendidikan seks. Stigma masyarakat mengenai isu ini harus diubah untuk mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tidak kira lelaki atau perempuan, tolong berhati-hati di luar sana:

You may be interested in: