Wanita Kongsi Bagaimana 1 Ayat Surah Yasin Mampu Pasung Perompak Sampai Tak Dapat Keluar
Power betul ayat ni.
Siapa sangka, satu amalan yang begitu mudah mampu memberi impak yang besar dalam hidup
Hidup sebagai Muslim memang tidak lepas daripada amalan seharian, yang paling lazim tentunya solat 5 waktu. Selain itu, kita juga disarankan untuk melakukan amalan-amalan lain seperti solat sunat Dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis, membaca al-Quran, dan banyak lagi.
Kombinasi amalan-amalan ini akan menjadikan hidup kita lebih berkat, malah Allah amat menyukai hamba-Nya yang sentiasa beramal mencari keredhaan.
Sambil beramal, adalah lebih elok jika kita dapat menghayati maksud demi maksud pada setiap butir ayat yang kita bacakan
Barulah ibadah jadi lebih seronok! Jika kita memahami setiap butir ayat yang kita bacakan, nescaya kita tidak akan rasa bosan dalam mengerjakan ibadah. Sayangnya, kebanyakan dari kita tidak memahami apa yang dibacakan.
Kami pasti, setiap seorang dari anda mesti pernah baca surah Yasin, bukan? Kali ini, cuba hayati maksud pada ayat kesembilan dalam surah tersebut. Lihat di bawah:
Mungkin nampak biasa, namun seorang wanita ada berkongsi tentang bagaimana ayat ini mampu memasung seorang perompak yang pecah masuk ke dalam rumahnya
Lebih ajaib, perompak tersebut tidak berjaya mencari jalan keluar dari rumahnya sehingga 3 hari! Kisah ini yang dikongsi oleh Twitter @TweetIslamik telah tular dengan 35.5k retweets dan 27.6k likes ketika artikel ini ditulis.
Menurut perkongsian bebenang itu, wanita anak dua tersebut yang bekerja di Genting Highlands bersama suami menceritakan bahawa dia sekeluarga selalu meninggalkan rumah mereka selama seminggu untuk bercuti.
Sehinggalah satu hari wanita itu terkejut apabila menemui seorang lelaki yang tidak bermaya berada di dalam rumahnya sebaik sahaja pulang.
Apabila ditanya, lelaki itu mengakui sudah lama memasang niat untuk merompak rumahnya, namun sejurus melangkahkan kaki, dia terasa seperti kaki dan tangannya dipasung dan tidak dapat bergerak. Dia cuba mencari jalan keluar tetapi tidak jumpa selama 3 hari.
Tambahnya lagi, dia tidak menemui walau setitis air pun untuk minum setelah kehausan.
Semua ini berlaku atas izin-Nya, dan atas usaha mengamalkan bacaan ayat ke-9 surah Yasin tersebut yang tidak putus-putus oleh suaminya
Baca perkongisan penuh di bawah: