seismik

Wanita Maut Selepas Dipukul Dengan Topi Keledar Oleh Anggota Polis

Anggota polis bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan wanita tersebut.

Cover image via bipolarpndabear.deviantart.com

[TERKINI] Anggota polis pukul wanita sampai mati boleh dihukum gantung

Muhammad Faizal dibawa seorang anggota polis untuk menghadapi pertuduhan membunuh Nik Nurzielawati di Mahkamah Majistret di Kota Tinggi.

Image via kosmo.com.my

Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Tinggi semalam atas tuduhan membunuh seorang janda yang merupakan kekasihnya pada 13 April lalu.

Tertuduh, Koperal Muhammad Faizal Salim, 38, yang memakai baju lokap berwarna jingga mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohana Sinin.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

kosmo.com.my

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 13 Mei depan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faizal didakwa membunuh Nik Nurzielawati Akmar Afandi, 35, di antara pukul 11.30 malam hingga 12.30 pagi di Taman Rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik, Mersing.

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum gantung sampai mati.

kosmo.com.my

13 April: Seorang wanita berumur 35 tahun maut apabila dia dipukul seorang anggota polis dengan topi keledar motosikal di Mersing, Johor pada 12 April 2015

Mangsa dan suspek yang berumur 38 tahun dipercayai bertengkar dalam satu pertemuan di kawasan perumahan polis Mersing kira-kira pukul 9 malam Ahad lalu. Punca pertengkaran walau bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.

thestar.com.my

Anggota polis itu kemudian membawa wanita tersebut dengan motosikalnya ke kawasan rekreasi terdekat untuk meredakan ketegangan

Walau bagaimanapun, keadaan tidak menjadi reda dan mereka kembali bertengkar sehingga menyebabkan polis tersebut memukul wanita itu di bahagian kepala menggunakan topi keledarnya.

thestar.com.my

Gambar sekadar hisasan.

Image via bipolarpndabear.deviantart.com

Menurut Timbalan Superintendan Polis Daerah Mersing S.M. Kumar, anggota polis yang telah bertugas selama 19 tahun itu telah mengakibatkan kecederaan di kepala wanita tersebut dan menyebabkan mangsa pengsan

"Dia cuba bangunkan wanita tersebut tetapi tidak ada reaksi," katanya.

thestar.com.my

10 minit kemudian, suspek pulang ke rumah untuk mendapatkan keretanya sebelum menghantar wanita tersebut ke Hospital Mersing

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital sejurus tiba di hospital," katanya lagi.

thestar.com.my

Setelah kejadian dilaporkan, pasukan polis bergegas ke hospital berkenaan untuk menahan anggota polis tersebut

Apa yang terjadi selepas itu tidak dilaporkan dalam mana-mana laman berita.

Baru-baru ini seorang gadis berumur 20 tahun maut setelah ditikam bekas tunangnya. CERITA PENUH:

You may be interested in: