seismik

"Ustaz & Orang Beragama Gatal Are Truly Disgusting!" - Wardina Lontar Pandangan Isu PU Abu

"Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife!" - Wardina Safiyyah.

Cover image via Google

Apabila sudah berumahtangga, tidak dinafikan memang pelbagai jenis masalah dan ujian bakal hadir. Cumanya yang menguatkan lagi ikatan adalah cara pasangan itu mengatasinya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

Memang benar, kadang-kala tanpa disedari, cinta di antara pasangan suami isteri kian memudar. Perkara seperti ini juga berlaku jika pasangan mula untuk mencari kesalahan untuk mencetuskan perbalahan, walaupun kesalahan tersebut boleh diatasi dengan perbincangan sahaja.

Kadang-kadang, benda paling kecil pun boleh jadi besar. Hal ini juga mampu untuk merosakkan rumahtangga yang telah dibina sekian lama. Sebab itulah pentingnya keharmonian rumahtangga untuk suami isteri sentiasa memberikan ketenangan dan kebahagiaan.

Baru-baru ini telah viral di media sosial tentang isu (PU) Abu Sufyan yang dikatakan baru sahaja menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan

PU Abu atau nama sebenarnya Muhd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, merupakan salah seorang peserta Pencetus Ummah musim ketiga (2015) telah sah menceraikan isterinya Ain Afini untuk berkahwin dengan seorang janda.

PU Abu.

Image via Instagram @cianmokhtar

Menurut keterangan bekas isterinya, Ain Afini, dia telah diceraikan pada 13 Mac 2019 kerana PU Abu memilih untuk bernikah dengan seorang janda yang bernama Hana Azraa. Keterangan tersebut telah dikeluarkan menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum itu, PU Abu juga turut meminta izin untuk berpoligami selepas dua bulan pernikahan mereka berlangsung namun ditolak oleh Ain kerana menurutnya, perkahwinan mereka terlalu awal untuk melalui fasa tersebut.

Ain Afini, bekas isteri PU Abu.

Image via Instagram @ainafini_

Sementara itu, PU Abu juga turut mengeluarkan kenyataan mohon maaf berikutan isu ini. Dia juga turut menyatakan supaya dirinya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Perkongsian PU Abu yang telah dipadam.

Image via Instagram @cianmokhtar

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, PU Abu telah memohon maaf atas kesalahannya menceraikan isteri ketika sarat mengandung dan dia juga menyesal atas keterlanjuran yang dilakukan.

Dia juga mengatakan bahawa, "Saya harap netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terbabit secara langsung atau pun tidak langsung. Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri saya untuk hal yang selanjutnya. Doakan semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik."

Namun begitu, perkongsian yang ditulis di laman Instagram milik PU Abu itu telah dipadam olehnya beberapa jam selepas dimuat naik.

"Saya meminta maaf kepada bekas isteri Ain Afini dan keluarga mereka kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka. Moga saya dapat balasan setimpal dengan apa yang saya lakukan."
PU Abu

PU Abu juga turut menyuarakan agar netizen menjaga adab sebelum memberikan komen. Letakkan akal dan hati pada tempat pertama.

Bukan setakat itu sahaja, isu ini turut mendapat perhatian artis terkenal, Wardina Safiyyah yang telah melontarkan pandangannya mengenai perkara yang terjadi

Wardina Safiyyah.

Image via Google

Perkongsian tersebut telah ditulis oleh Wardina sendiri melalui laman Instagram miliknya dan mendapat lebih 8 ribu likes. Namun, ruangan komen untuk perkongsian ini telah ditutup.

Baca penuh di bawah:

View this post on Instagram

Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi.... macam nilah... pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung. Like seriously? Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd. . Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through. Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu. . Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa *grrrr*?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal. Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni. Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! . Sekian Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting... I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah... (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women. Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost. . #donedakwah -Bukan PU, Dai’ atau Ustajah- Just a woman, daughter, wife and mother.

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on

Memang deep habis.

Kami berharap semoga segala spekulasi dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: