seismik

Yasin Bebas Daripada 3 Tuduhan Dadah, Ditempatkan Di Hospital Bahagia Ulu Kinta

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Yasin.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelantun lagu terkenal 'Mimpi Laila', Yasin Sulaiman dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan dadah

Menurut sumber, Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintahkan penyanyi itu ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh diperkenan Sultan Selangor.

Dalam penghakimannya, Faiz berkata, mahkamah mendapati tertuduh melakukan perbuatan itu sebagaimana ketiga-tiga pertuduhan.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan atas alasan kejadian-kejadian pada 24 Mac 2022 tertuduh berada dalam mental tidak waras walaupun sedar perbuatannya namun begitu gejala-gejala mania dialami pada masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu mengetahui perbuatan itu salah dan bertentangan daripada segi undang-undang," katanya.

Pihak pembelaan menutup kes selepas satu-satunya saksi mereka iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangan, pada 23 Oktober lalu

Pada 3 Oktober lalu, Yasin diarah untuk membela diri atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memaklumkan menutup kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika itu, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz, pada 15 September lalu.

Muhammad Amirul antara tujuh saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 28 Ogos lalu.

Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.


Image via nst.com.my

Yasin didakwa memiliki dadah jenis kanabis dan dituduh menanam pokok kanabis sebelum ini

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi untuk anda baca:

You may be interested in: