seismik

YB KJ Sumbang Barang Keperluan Untuk Pelajar UPM, Tapi Ramai Teruja Ada Pad. Cayalah Abah!

Selain selalu dilepas pandang, harga tuala wanita juga sangat mahal. Maka tidak hairanlah ramai yang teruja melihatnya berada di atas meja agihan sumbangan.

Cover image via Twitter @MzFiqa & Juice Online

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan Persekutuan bermula 18 hingga 31 Mac ini mengarahkan penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

Keputusan itu dibuat sebagai usaha mengawal dan mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang juga telah diklasifikasikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Image via Google

Susulan daripada itu, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan pekeliling akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. 

Pelaksanaan itu ternyata membenarkan semua pelajar untuk mengikuti kuliah dari luar kampus termasuk dari tempat tinggal pelajar masing-masing.

Ekoran daripada itu juga, terdapat sebilangan pelajar yang memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, dan sebilangan lagi memilih untuk tinggal di dalam kampus.

Image via Facebook

Difahamkan, pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia disediakan bantuan makanan secara percuma oleh pihak universiti yang dihantar terus kepada pelajar agar mereka boleh kekal berada di kolej kediaman bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian, mereka turut diberi barang keperluan diri, juga secara percuma termasuk dengan bantuan hasil daripada sumbangan para Alumni dan pihak luar di Cafe Kolej Canselor UPM.

Baru-baru ini menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, pelajar-pelajar UPM turut diberi sumbangan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu YB Khairy Jamaluddin

Dalam tweet yang dibuat oleh @MzFiqa itu, dia turut berkongsikan beberapa gambar sumbangan dari YB Khairy Jamaluddin, atau lebih mesra disapa KJ, yang terdiri daripada sumbangan makanan serta barangan keperluan asas untuk para pelajar.

Image via Twitter @MzFiqa

Difahamkan juga bahawa sumbangan tersebut diberi YB KJ lalu disampaikan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TNCHEPA) kepada setiap kolej kediaman di UPM.

Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa

Susulan tularnya tweet tersebut, ternyata rata-rata daripada kalangan warganet yang kagum dan teruja dengan keberadaan tuala wanita atau sanitary pad dalam senarai barangan keperluan yang disumbangkan oleh YB KJ.

Tidak dapat dinafikan, tuala wanita merupakan barang keperluan yang sangat penting untuk wanita-wanita namun seringkali dilepas pandang oleh pelbagai pihak.

Masing-masing meluahkan rasa gembira dan penghargaan mereka kepada 'Abah' di atas sumbangan beliau itu

Manakan tidak, selain selalu dilepas pandang, harga pad juga sangat mahal. Maka tidak hairanlah ramai yang teruja melihat barangan keperluan asas wanita itu berada di atas meja agihan sumbangan.

Antara komen menarik daripada warganet:

Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter @MzFiqa
Image via Twitter

Terima kasih YB KJ. We stan Abah!

Image via YouTube

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: