Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Hasilkan Bahulu Yang Empuk & Rangup Menggunakan 3 Bahan Sahaja. Stail Bahulu Kampung!

Bahulu dengan kopi, anyone?

Bahulu semestinya menjadi kegemaran ramai. Biasanya, kita beli je bahulu kat shopping mall. Tapi sebenarnya senang nak buat bahulu ni...

Image via tastycraze.com

Resepi gunakan 3 bahan ni memang senang & mudah. Tak sampai 10 minit untuk sediakan adunan. Hasilnya sangat empuk di dalam dan rangup di luar! Siapa yang makan mesti jatuh cinta dengan bahulu ni. Tunggu apa lagi? Jom try.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum

  • 1 cawan gula kastor atau gula halus

  • 3 biji telur

Image via Julia ALeen Aireish (Facebook)

Cara penyediaan:

1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati (boleh guna hand mixer).

3. Sapukan minyak masak dan isi acuan dengan adunan (jangan penuh).  

4. Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit.

5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan pada suhu bilik.

Image via Julia ALeen Aireish (Facebook)

Yay! Dah siap pun bahulu stail kampung, empuk dan rangup. Sedap sampai tak berhenti makan...

Dihidangkan bersama kopi panas-panas. Fuh, perfect! Jangan lupa cuba di rumah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Anda yakin dah tau semua tentang kuih tradisional? Cuba ni dulu...

Jom hasilkan kuih tradisional:

Nak lagi resepi minum petang?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment