Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Spaghetti Aglio Olio & 5 Lagi Resepi Pasta Paling Simple & Sedap Anda Wajib Cuba Masak!

Jom cuba hasilkan 6 resepi-resepi pasta yang mudah dan lazat ini!

Cover image via Seismik Makan

1. Resepi Spaghetti Aglio Olio

Image via Seismik Makan

Untuk resepi pasta yang simple tetapi istimewa, anda wajib sekali mencuba resepi Spaghetti Aglio Olio ini. Resepi ini mudah sekali kerana menggunakan bahan-bahan utama seperti minyak zaitun, bawang putih, daun parsley dan kepingan cili yang boleh didapati di dapur anda. Tambahan keju parmesan, udang dan sotong pula membuatkan resepi ini sangat lazat.

Dapatkan resepi Spaghetti Aglio Olio di sini.

2. Resepi Creamy Chicken & Basil Pasta

Image via Seismik Makan

Peminat pasta carbonara pasti akan suka resepi Creamy Chicken & Basil Pasta ini. Resepi ini mempunyai kuah creamy yang begitu sepadan dengan kepingan cendawan dan ayam. Bukan itu sahaja, pasta fusili juga mempunyai bentuk unik yang boleh memerangkap sos. Resepi ini juga sangat mudah kerana anda hanya perlu menggunakan satu periuk sahaja.

Dapatkan resepi Creamy Chicken & Basil Pasta di sini.

3. Resepi Spaghetti Goreng

Image via Seismik Makan

Jika anda peminat makanan pedas, anda wajib sekali mencuba resepi Spaghetti Goreng ini. Tambahan cili kisar kepada resepi ini membuatkan hidangan ini menjadi begitu unik sekali. Bukan itu sahaja, resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti sos tiram dan sos cili. Mudah sahaja!

Dapatkan resepi Spaghetti Goreng di sini

4. Resepi Spaghetti Tom Yam Seafood

Image via Seismik Makan

Jika anda mahukan pasta yang unik dan lazat, anda wajib sekali mencuba resepi Spaghetti Tom Yam Seafood ini. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah anda hanya perlu menggunakan satu periuk sahaja. Resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang murah. 

Dapatkan resepi Spaghetti Tom Yam Seafood di sini.

5. Resepi Spaghetti Chicken Bolognese

Image via Seismik Makan

Resepi Spaghetti Chicken Bolognese klasik ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Sos Bolognese bukan sahaja sesuai dengan cita rasa orang ramai, malah sangat mudah untuk disediakan. Resepi ini hanya memerlukan anda untuk merebuskan spaghetti di dalam kuah. Jimat masa anda!

Dapatkan resepi Spaghetti Chicken Bolognese di sini.

6. Resepi Mac & Cheese

Image via Seismik Makan

Hidangan Mac & Cheese ini pasti akan disukai anak-anak kecil kerana rasa keju yang begitu menyelerakan. Resepi ini juga sangat lazat kerana mempunyai campuran tekstur rangup dari topping serbuk roti dan juga tekstur lembut dari makaroni keju. Memang syok! 

Dapatkan resepi Mac & Cheese di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi menarik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment