[VIDEO] Firdaus Wong Tegur Netizen Yang Emosi Dengan Isu Kahwin Dua & Poligami
Hm sama-sama kita dengar dan renungkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengumuman tentang pernikahan kedua pempengaruh media sosial, Alif Teega yang dikongsikan baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet
Kebanyakan wanita terganggu dengan isu tersebut, ada yang bereaksi berlebihan dan menyalahkan suami mereka sebagai mekanisme pelepasan emosi.
Terbaru, pendakwah bebas, Fidaus Wong tampil menegur orang ramai di laman Instagramnya agar tidak terlalu emosi mengenai hal poligami tersebut.
“Sabda Rasulullah SAW, antara tanda baiknya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk dirinya, dunia apatah lagi untuk agamanya dan akhiratnya,” ujarnya.
Seseorang yang terlalu beremosi senang untuk dimanipulasi, jadi Islam ajar untuk berfikir secara rasional dan tak emosi
“Apabila influencer itu bernikah buat kali kedua, ketiga, keempat dan sebaliknya pertama adakah dia melakukan sesuatu yang haram? Tidak, sesuatu yang halal. Kedua adakah dia menggunakan duit anda? Tidak.
“Ketiga isterinya, saya dapat lihat di ruangan komen mendoakan agar suami bahagia dan meminta para netizen untuk mendoakannya.
“Tetapi sekali lagi saya lihat ramai yang begitu emosi apabila membahaskan perkara ini, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Kenapa anda ingin masuk campur dan memberikan komentar-komentar yang sebagainya,” katanya lagi.
Image via firdauswong (Instagram)
"Bukankah lebih baik kita sebagai muslim yang beriman dengan Allah, kita mendoakan kebahagian buat dia, buat kedua-dua rumah tangganya sekali. Jangan komen berdasarkan emosi.
"Khusus untuk influencer lain juga, jangan mengambil kesempatan dengan isu ini untuk menganjing dia. Saya tidak faham kenapa masyarakat begitu allergic dengan isu berkaitan perkahwinan rumah tangga orang lain.
"Tiada kaitan dengan kita, orang lain yang kahwin kita pula yang terasa. Lelaki lain yang kahwin yang dimarah lelaki kita. Bukan begitu, itu bukan cara agama yang betul," ujar Firdaus Wong.
Isu individu berkahwin lain akan sentiasa berlaku
Dia menegaskan pendekatan tersebut tidak selaras dengan prinsip agama dan menyeru semua untuk berfikir secara rasional tanpa memihak kepada golongan yang berkahwin lain.
"Dia bukan melakukan sesuatu yang haram, netizen yang mengejek dia yang mendapat dosa. Sempat ke meminta maaf kepada dia sebelum anda meninggal dunia? Kerana anda telah mengejek dan menganjing dia.
"Kenapa bila nampak lelaki yang kahwin dua buat benda halal, dia dikutuk habis-habisan. Tetapi bila nampak artis atau kawan-kawan yang bermesra dengan pasangan bukan mahram, kita kata sweet. Apa masalah dengan anda?
"Masalah anda adalah kekurangan pemahaman agama, nak beragama tetapi pick and choose, nak beragama tetapi ikut emosi. Ingatlah, orang kahwin satu, dua, tiga, empat tiada kaitan dengan anda. Bukan dia kahwin dengan anda pun atau minta duit anda.
"Kerana mahu mengkritik tanpa kita sedari, kita telah menghina syariat. Lihat kata-kata anda. Semoga semua bermuhasabah." katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Harap lepas ni netizen jangan terlalu ikut emosi ya, fikir dulu sebelum komen :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment