makan

Rindu Bazar Ramadan? Kami Ada Solusi Buat Hidangan ‘Ala Bazar’ Ringkas & Sedap Untuk Anda!

Mudahkan kerja anda di dapur ramadan ini dengan mencuba resepi-resepi ringkas di bawah.

Cover image via Yummly/ Pinterest & Siti Delima

Artikel ini ditaja oleh F&N.

Walaupun tiada bazar Ramadan kali ini, kita tetap boleh nikmati makanan persis di bazar!

Yang pastinya, hidangan anda akan lebih berkrim, sedap dan istimewa jika disediakan dengan produk-produk F&N ini! Tambahan pula, Susu Isian Sejat F&N merupakan rahsia utama dalam hidangan ketika Ramadan kerana ia menjadikan hidangan anda lebih berkrim dan berlemak. Nyums!

Berbekalkan resepi dari F&N seperti di bawah, anda boleh cuba menu-menu bazar yang menarik ini. Bukan sahaja ringkas malah enak pula tu! Confirm satu keluarga suka. Seolah-olah beli di bazar.

Apa lagi, jom lihat resepinya!

1. Ayam Percik Merecik Kaw

Hidangan ini memang sesuai untuk dinikmati ketika di bulan Ramadan. Mana tidaknya, rasa ayam percik yang smoky dan lemak manis ini dipadankan pula dengan nasi panas ketika berbuka puasa.

Memang puas hati sehingga menjilat jari lah jawabnya!

Bahan-bahan:

Ayam (perapan)
Seekor ayam dibelah 8, 1/2 sudu besar serbuk kunyit, 1 sudu kecil garam, 1/4 tin Susu Isian Sejat F&N.

Kuah
2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 3 batang serai, 5 sudu besar cili boh, 1/2 cawan minyak, 1/4 cawan air, 3/4 tin Susu Isian Sejat F&N, 1 sudu kecil garam, 3 sudu besar gula, tepung jagung dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara
1. Satukan semua bahan perapan ayam dan perapkan ayam selama satu jam.
2. Kemudian, kisarkan bawang, bawang putih, halia, serai, cili boh sehingga halus dan sebati.
3. Selepas itu, panaskan kuali dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.  
4. Selepas tumisan sudah pecah minyak, masukkan Susu Isian Sejat F&N, serbuk kunyit, gula dan garam sehingga cukup rasa.
5. Biarkah kuah merenih seketika sebelum memasukkan bancuhan air tepung jagung dan ketepikan seketika.
6. Selepas itu, panggangkan ayam di atas pan ataupun di dalam oven sehingga kuning keemasan.
7. Beruskan sos yang telah dibuat tadi ke atas ayam dan sambung panggangkan ayam selama tiga minit di setiap sisi. Ulangi proses ini tiga kali.
8. Setelah ayam masak, angkat ayam tersebut dan hidangkan bersama lebihan sos tadi di atasnya.

Ayam percik anda sudah pun siap untuk dikongsi bersama!

2. Stir fried sate-sfying

Dengar nama pun dah meleleh air liur. Fuh!

Daging ayam yang dibakar bersama rempah ratus ini memang tiada tandingannya. Dipadankan pula dengan kuah kacang, memang enak tak terkata. Jom cuba hasilkannya sendiri di rumah kerana resepinya mudah sahaja!

Bahan A

1kg dada ayam dipotong panjang, 200g Susu Isian Sejat F&N, 3 sudu besar madu, 1 sudu besar garam, 2 sudu besar jintan manis, 2 sudu besar jintan putih, 3 sudu besar serbuk ketumbar, 1 sudu besar serbuk kari

Bahan B (Dikisar)

8 biji bawang kecil, 5 ulas bawang putih, 4cm halia, 3cm lengkuas, 3cm kunyit hidup dan 4 batang serai

Cara-cara
1. Gaulkan kesemua bahan A dan bahan B bersama hirisan ayam di dalam mangkuk.
2. Perapkan ayam sekurang-kurangnya 3 jam ataupun semalaman di dalam peti sejuk.
3. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan satay ayam yang telah diperap bersama bahan perapannya sehingga kuning keemasan.
4. Hidangkan satay goreng anda bersama nasi ataupun kuah kacang kegeraman anda!

Tengok pun dah tahu mesti rasanya sate-sfying!

3. Pulut Panggang Fasa Ke-4

Memandangkan kita sudah di fasa 4 perintah kawalan pergerakan, jom jalani tanggungjawab kita dan kekal duduk di rumah sambil nikmati pulut panggang sedap ini.

Yang pastinya, dengan bahan-bahan yang betul pasti hidangan anda akan menjadi lebih berkrim dan enak untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Nyums!

Bahan pulut

150g beras pulut, 150g Susu Isian Sejat F&N, 50ml air, 2 helai daun pandan, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula dan 2 sudu besar minyak

Rempah inti

1 batang serai, 5 tangkai lada kering, 5 tangkai cili padi, 8 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 1/2 inci lengkuas dan 1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan segar

3 sudu besar minyak, 60g udang kering, 130g kelapa parut (disangai), 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula melaka (dipotong halus) dan daun pisang (dibasuh dan dipotong 6x6 inci)

Cara-cara
1. Di dalam periuk, panaskan Susu Isian Sejat F&N, air, daun pandan, gula dan garam untuk lima minit.
2. Kukuskan beras pulut selama 15 minit. Kemudian, masukkan bancuhan susu sejat yang telah dibuat tadi. Sambung kukuskan pulut untuk 15 minit lagi.
3. Untuk intinya, kisarkan kesemua rempah inti dan juga bahan basah sehingga lumat dan sebati.
4. Seterusnya, panaskan kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan letakkan ketepi.
5. Selepas itu, letakkan pulut yang telah dikukus tadi di atas daun pisang dengan lebar 4x3 inci.
6. Kemudian, letakkan satu sudu kecil inti yang telah ditumis tadi di tengah-tengah pulut dan gulungkan panjang dengan kemas.
7. Cucukkan hujung daun pisang menggunakan pencungkil gigi untuk menutupnya.
8. Ulangi proses di atas sehingga pulut habis.
9. Selepas itu, panggangkan pulut yang telah dibalut tadi sehingga kulit daun pisang berubah warna.

Anda boleh juga letakkan Krimer Manis F&N ataupun F&N & TEAPOT Squeeze Tube di atas pulut panggang anda sebelum dihidang. Pasti bertambah sedap! 

4. Seharum Kuih Nona Manis Pandan

Kalau tak ada kuih manis ketika berbuka puasa memang tak 'complete' lah hidangan berbuka, bukan?

Sebab itu anda perlu cuba buat kuih Nona Manis Pandan ini. Memang seharum namanya sebab kalau masak pasti wangi satu rumah. Rasanya tidak usah dicakapkan lagi, memang sedap, berkrim, berlemak dan sedap!

Bahan bahagian hijau

50g air, 5 helai daun pandan, 1 biji telur, 75g gula, 125g tepung, 250g Krimer Sejat F&N, pewarna makanan hijau

Bahan bahagian putih

1 tin Krimer Sejat F&N, 100ml air, 1 sudu kecil sugar, 2 sudu kecil tepung gandum, 1/2 sudu kecil garam dan 16 biji cawan acuan.

Cara-cara
1. Pertama sekali, kisarkan daun pandan bersama air dan tapiskan. 
2. Kemudian, gaulkan kesemua bahan bahagian hijau kuih bersama air tapisan pandan dan panaskan di dalam periuk sehingga pekat.
3. Selepas itu, tapiskan semua bahan tersebut dan letak ketepi.
4. Seterusnya, satukan kesemua bahan kuih bahagian putih dan masakkan di atas api sehingga berubah pekat. 
5. Kemudian, tapiskan bahan tadi dan biar sejuk seketika.
6. Minyakkan acuan anda dan masukkan bancuhan kuih hijau ke dalam acuan tersebut sehingga separuh penuh.
7. Kemudian, masukkan pula bancuhan kuih putih di tengah bancuhan kuih hijau sehingga 3/4 penuh. 
8. Selepas itu, kukuskan kuih selama 20 minit sebelum keluarkan kuih daripada acuannya.

Hidangkan bersama Krimer Manis F&N ataupun F&N & TEAPOT Squeeze Tube mesti layan punya!

5. Roti Bom Gebu Gebas

Rindukan makanan di restoran mamak? Jangan risau. Anda masih boleh cuba untuk membuat apa jua jenis masakan di rumah termasuklah Roti Canai ala mamak!

Asyik makan nasi je, nak juga makan Roti Bom Gebu Gebas kan? Ha, jom cuba hasilkan resepi ini. Paling penting, ia sangat mudah dan memang sedap untuk dikongsi bersama ketika berbuka puasa.

Bahan-bahan
1 keping roti canai frozen, 1 sudu kecil gula, 1 sudu kecil majerin

Cara-cara
1. Panaskan pan anda dan masakkan roti canai anda bersama majerin sehingga garing.
2. Selepas itu, taburkan gula di atas roti canai yang telah dimasak dan angkat dari pan.

Anda juga boleh letakkan sedikit Krimer Manis F&N ataupun F&N & TEAPOT Squeeze Tube di atas roti bom anda sebelum dihidang, confirm sedap lah!

Nikmati hidangan juadah berbuka puasa ala bazar Ramadan menggunakan produk-produk F&N bersama keluarga tersayang.

Resepi-resepi ini bukan sahaja enak, malah seronok untuk disediakan bersama seisi keluarga.

Anda juga boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan masakan yang lazat menggunakan produk-produk F&N di rumah.

Anda boleh gunakan Susu Isian Sejat F&N dan Krimer Sejat F&N apabila memasak kuih-muih. Selain itu, anda juga boleh menggunakan F&N & TEAPOT Squeeze Tube dalam juadah berbuka puasa untuk menambahkan lagi keenakan masakan anda!

Hidangan-hidangan di atas akan lebih complete jika dinikmati dengan secawan Teh Tarik Ori. Betul tak?

Anda boleh lihat video di bawah untuk mengetahui cara mudah menyediakan F&N Teh Tarik Ori khas. Manalah tahu dah lama tak keluar rumah tiba-tiba nak merasa Teh Tarik Ori yang teh-baik punya!

Dapatkan F&N & TEAPOT Squeeze Tube, Susu Isian Sejat F&N, Krimer Sejat F&N dan hasilkan semula resepi ini di rumah dengan mudah sahaja dari F&N Life!

Oh ya, jangan lupa untuk gunakan hashtag #FNResipi #FNResipiBazar #FNResipiRamadan #FNSqueezeTube #TEAPOTSqueezeTube!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi enak yang lain: