makan

Ini Cara Hasilkan Tauhu 'Homemade' Yang Lembut & Segar. Terjamin Bersih!

No more tauhu masam di dapur.

Cover image via Ida Alina Salleh (Facebook)

Pembuatan tauhu sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Hanya perlukan 3 bahan sahaja untuk membuat tauhu!

Walaupun tauhu boleh dibeli dengan harga yang murah, namun sesetengah orang suka membuat tauhu homemade agar kebersihannya lebih terjamin.

Bukan itu sahaja, tauhu homemade lebih fresh dan tahan lama. Takdalah rasa masam bila makan! Jom ikuti cara pembuatan tauhu yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh, salah seorang pemilik akaun Facebook. 

Bahan-bahan:

  • 500gm kacang soya (rendam semalaman)
  • 2.5L air
  • 3 biji lemon (diperah) 

Cara penyediaan:

1. Rendam kacang soya semalaman. 
2. Masukkan kacang soya dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus dan berkrim.
3. Tapiskan dan ambil susu soya sahaja. 
4. Kemudian, blend hampas dan air sekali lagi. Kemudian, tapiskan menggunakan kain bersih untuk mendapat perahan susu soya yang lebih banyak. 
5. Seterusnya, masak susu soya dengan api sederhana. Buangkan buih-buih yang timbul. 
6. Perah lemon menjadi jus lemon. 
7. Apabila susu soya sudah mula mendidih, kecilkan api dan masukkan jus lemon. Kemudian, tutup api dan kacau sehingga susu mengental. Tutupkan periuk selama 10-15 minit. 
8. Kemudian, alaskan bekas dengan sehelai kain yang bersih. Susu akan terbahagi kepada ketulan soya dan air jernih, gunakan senduk berlubang untuk ambil ketulan soya dan masukkan ke dalam bekas. 
9. Lipat kain dengan ketat. 
10. Tindihkan bekas tauhu dengan barang yang berat seperti lesung batu selama 20 minit. 

Siap dah tauhu homemade yang fresh! Sedia untuk digoreng...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi lauk yang sedap & senang?

Jarang makan nasi tanpa sambal, jom check out resepi ini:

You may be interested in: