makan

Jom Cuba Resepi Ayam Bakar Perapan Sate Menggunakan Air Fryer. Tak Perlu Susah-Susah!

Tak perlu membakar berjam-jam.

Cover image via Muslihah Rosle (Facebook) & Intai Dapur (Blogspot)

Pernah tak rasa malas nak masak? Takda idea... Hmm, sampai tak tahu nak sediakan makanan apa.

Image via GIPHY

Fikir punya fikir, sampai naik pening dah. Masih taktau nak masak apa... Haa, apa kata kita guna air fryer masak ayam bakar. Senang pun senang! Jom...

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 2 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 1/4 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu besar serbuk jintan putih 

Cara penyediaan:

1. Perasakan ayam dengan semua bahan. Gaul sehingga sebati. 

2. Perapkan ayam selama satu malam. Kalau nak masak petang, perap dari pagi. 
3. Bakar ayam pada suhu 180°C selama 10-15 minit.
4. Terbalikkan ayam dan bakar semula pada suhu yang sama selama 10-15 minit.

Tadaaa dah siap, sedia untuk dihidang! Senang dan simple kan?

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi air fryer yang simple dan sedap?

Inginkan resepi lauk yang mudah dan menggamit selera?