Biasa buat kuih makan masa yang lama kan? Dah buat, tak sedap pula tu, berminyak sangat kuihnya...
Jangan risau lagi, sebab sekarang dah ada air fryer yang sangat senangkan hidup. Anda hanya perlu prepkan sahaja kuih, lepas tu masukkan dalam air fryer. Tak perlu goreng pun...
Selalu kan makan kuih bom suapan pertama tu mesti rasa berminyak? Yang paling penting, resepi ini lebih sihat. Dengan menggunakan air fryer, no more excess oil!
Bahan-bahan:
Bahan untuk inti:
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 ketul gula melaka (dihiris)
- Beberapa helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Air secukup rasa
Bahan untuk adunan:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- Bijan
Cara penyediaan:
2. Masak inti kelapa sehingga kering dan gula melaka hancur. Sejukkan pada suhu bilik.
8. Kemudian, masukkan kuih bom ke dalam air fryer pada suhu 165°C. Masak selama 7 minit.
9. Buka bakul air fryer, pusingkan kuih bom supaya semua bahagian garing.
Kredit resepi: Salmy Saznira
Yayy, siap dah kuih bom yang rangup. Takda minyak berlebihan, barulah sedap!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!