makan

Ini Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Yang Simple & Sedap. Confirm Terliur!

Macam tu je? Wah, senangnya.

Cover image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Peminat kerabu maggi, tak perlu tunggu craving baru nak tercari-cari. Dengan resepi yang ada, anda boleh dibuat rumah sahaja!

Image via GIPHY

Jom kita belajar masak kerabu maggi dengan cara yang senang. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zukefli melalui laman Facebooknya. 

Bayangkan makan kerabu maggi sambil tengok Netflix di rumah. Memang perfect! 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 bungkus mee segera Siam berperisa Tomyam 
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula atau gula perang
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Limau nipis atau jus pati limau nipis
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili hijau (dihiris)
  • Tomato (dipotong kecil)
  • Filamen ketam
  • Daun salad
  • Lobak merah (dihiris)
  • Daun ketumbar (dihiris)



Cara penyediaan:

1. Hiriskan bawang merah, cili hijau, lobak merah dan daun ketumbar sehingga nipis.
2. Potong tomato sehingga menjadi bentuk kecil.
3. Rebuskan filamen ketam sehingga masak.
4. Untuk penyediaan mee, rebus dalam air yang mendidih selama 3 minit. Angkat dan toskan. 
5. Untuk penyediaan sos, campurkan semua serbuk perasa dan minyak ke dalam mangkuk.
6. Kemudian, letakkan sos ikan dan gaul sebati. 
7. Setelah itu, masukkan gula.
8. Kemudian, masukkan pes asam jawa. 
9. Perahkan limau ke dalam kuah tadi. Boleh juga menggunakan jus pati limau nipis. 
10. Masukkan hirisan bawang merah, cili hijau dan tomato. Gaul sehingga sebati. 
11. Kemudian, masukkan mee yang telah direbus. 
12. Masukkan inti seperti filamen ketam, daun salad dan hirisan daun ketumbar. Gaul sebati supaya cukup rasa. 

Siap dah, sedia untuk dihidang untuk seisi keluarga. Enak dimakan begitu sahaja!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi lauk-pauk untuk lunch atau dinner?

Jom deko dapur dengan barang-barang ini:

You may be interested in: