Food Truck Di TTDI Ini Menyediakan Burger Bakar Paling ‘Juicy’ Sekali. Sedap Gila!
Sixty Bites di TTDI ini memang terkenal dengan burger yang sedap gila!
Sixty Bites di TTDI sememangnya tempat terbaik untuk anda mendapatkan burger gourmet enak pada harga yang berpatutan sehingga lewat malam!
Untuk burger daging yang klasik, anda boleh memilih Chezburger (RM10) yang mempunyai satu patty daging panggang, keju cheddar leleh dan caramelized onions yang mempunyai rasa manis. Sedapnya!
Anda lebih menggemari burger ayam? Hail Caesar (RM10) wajib menjadi pilihan anda. Burger ini mempunyai patty ayam, chilli flakes, dan sos Caesar yang begitu creamy sekali.
Burger lamb pun ada untuk si penggemar daging kambing! Anda wajib sekali mencuba Hannibal (RM17) yang begitu rare sekali. Burger ini mempunyai satu patty daging kambing, terung yang dipanggang, mango chutney mayo dan keju cheddar.
Anda juga boleh memilih antara single patty atau double patty. Untuk patty ayam dan daging, anda hanya perlu menambah RM7 sahaja. Manakala anda boleh menambah RM12 untuk extra lamb patty.
Apa yang menarik tentang burger mereka ialah setiap patty hanya menggunakan daging ribeye sahaja. Bukan biasa-biasa tau!
Di Sixty Bites, daging patty mereka disediakan fresh setiap hari. Setiap daging patty di Sixty Bites begitu tebal dan juicy sekali kerana setiap akan dipanggang untuk setiap pesanan. Memang sesuai sekali jika anda mahu mencuba burger special yang dijamin berbaloi.
Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh memilih antara burger daging Chillichez (RM14) atau burger ayam Maui (RM14)
Burger daging Chillichez mempunyai tambahan salsa untuk menaikkan lagi selera anda. Manakala burger ayam Maui pula mempunyai tambahan pineapple ring untuk sedikit rasa manis. Memang lain daripada yang lain!
Tunggu apa lagi? Jom serbu! Dapatkan info penuh Sixty Bites di sini:
Cawangan TTDI
Alamat: Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
7.30 malam - 12.00 malam (Isnin hingga Sabtu)
Tutup pada setiap hari Ahad.
Cawangan Hawker Hall, Taman Sri Hartamas
Alamat: No. 22, Jalan Sri Hartamas 8, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 1.00 pagi (Setiap hari)
No. Telefon: +603-5888 4030
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!