Feri Pulau Pinang Boleh Dinaiki Secara Percuma Sempena Hari Kebangsaan Ini – SPPP
Pengguna bakal nikmati penjimatan perjalanan sehala sebanyak RM2.00 bagi penumpang pejalan kaki dan RM2.50 bagi kenderaan dua roda.
Cover image via Yeoh Soon HinFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan perkhidmatan feri percuma pada 31 Ogos 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan
Pengerusi SPPP, Dato' Yeoh Soon Hin dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif yang ditawarkan bersama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) adalah khas untuk penumpang warganegara Malaysia pada 31 Ogos 2026 mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.
Perkhidmatan feri percuma ini disediakan bagi perjalanan dari kedua-dua terminal feri iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).
"Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan merujuk jadual feri yang terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB.
"Inisiatif ini merupakan manifestasi komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan perjalanan rakyat Malaysia. Perkhidmatan feri percuma ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri Pulau Pinang malah ia juga adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien," katanya.

Pengerusi SPPP, Dato' Yeoh Soon Hin (tengah).
Image via Yeoh Soon HinTurut disediakan tawaran kemasukan percuma ke Muzium Feri Pulau Pinang untuk kanak-kanak
Seiring dengan inisiatif perkhidmatan feri percuma ini dan juga sambutan ulang tahun SPPP ke-70 (Jubli Platinum) pada tahun ini, program berkenaan turut disediakan sempena Hari Kebangsaan.
Program ini dikhaskan untuk kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke bawah diberi kemasukan percuma ke muzium feri sepanjang tempoh sambutan iaitu pada 29 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026.
"Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen SPPP terhadap pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berfokus kepada kebajikan komuniti, pendidikan dan pemeliharaan warisan maritim.
"Inisiatif ini turut melengkapi usaha SPPP dalam memperkukuhkan peranan Muzium Feri Pulau Pinang sebagai pusat pembelajaran dan tarikan berasaskan warisan," menurut kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


