seismik

[TERKINI] 15 Petugas Kesihatan Positif Wabak Covid-19, Seorang Kini Berada Di ICU - KKM

Sama-sama kita doakan mereka.

Cover image via Noor Hisham Abdullah / Facebook

Malaysia telah mencatatkan angka sebanyak 900 kes positif wabak Covid-19 dengan dua kematian setakat ini

Image via Malaymail

Kita  pasti sudah sedia maklum bahawa jangkitan itu mampu merebak kepada sesiapa sahaja termasuklah mereka dari bidang perubatan.

Terbaru, dalam satu kenyataan di laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, beliau memaklumkan bahawa seramai 15 orang petugas kesihatan telah disahkan dijangkiti wabak itu.

Menurut beliau, 12 daripadanya adalah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan baki tiga lagi adalah petugas kesihatan dari sektor swasta

Apa yang lebih malang, seorang daripada petugas KKM telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini memerlukan bantuan pernafasan.

"Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai untuk terus kekal berada di dalam rumah dan membantu pihaknya untuk menangani wabak merbahaya ini.

"Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

"Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah," ujar Noor Hisham.

Semoga mereka yang dijangkiti wabak ini dapat segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: