seismik

"33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat," - Kementerian Kesihatan Malaysia

Klinik 1Malaysia telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2010 dan mempunyai sejumlah 346 buah klinik di seluruh negara.

Cover image via Facebook 1Malaysia

Sebanyak 33 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat manakala 313 lagi akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti

Image via Blog Zaza Iman

Perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

"Penutupan 33 klinik ini akan dilakukan secara berperingkat dan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitarnya, kerana ada fasiliti kesihatan berdekatan (hospital dan klinik kesihatan)," katanya.

Menurut Dr. Dzulkefly, setiap Klinik Komuniti itu nanti akan dijaga seorang pegawai kesihatan, ahli farmasi dan beberapa jururawat.

Dr. Dzulkefly berkata, tiga laporan bakal dimuktamadkan di mesyuarat Kabinet membabitkan Klinik 1Malaysia, caj rundingan pengamal perubatan dan doktor di klinik dan hospital swasta serta kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad

Image via Siakap Keli

Menurutnya, pihaknya sudah pun mengumpulkan pandangan dan cadangan berhubung perkara-perkara tersebut yang telah dikongsikan ketika sesi ‘town hall’ pada 28 Ogos yang lalu.

"Pandangan dan cadangan ini ada pro dan kontra namun semuanya akan saya rumus dan bentang kepada kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya ketika diminta untuk mengulas berhubung kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap kadar caj perundingan pengamal perubatan dan doktor bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara yang dijangka dinaikkan antara RM30 hingga RM125.

Image via Kosmo

Di samping itu, beliau sedang menunggu laporan lengkap daripada Badan Penyiasatan Bebas yang menyiasat kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital.

"Saya sedang menunggu laporan akhir yang akan dibentangkan selewat-lewatnya pada minggu depan. Kita akan pertimbangkan cadangan bagi memastikan isu ini dapat dikawal dan tidak akan berulang lagi," jelasnya.

Klinik 1Malaysia telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2010 dan mempunyai sejumlah 346 buah klinik di seluruh negara

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: