seismik

Harga Minyak Melonjak 40%, Dua Syarikat Penerbangan Malaysia Dijangka Naikkan Tambang

Tambang dijangka naik sekurang-kurangnya 10 peratus.

Cover image via klia2

Sejak setahun lalu, harga minyak telah melonjak 40 peratus kepada AS$73 setong

Oleh itu, dua syarikat penerbangan terbesar negara dijangka akan menaikkan tambang disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang menambah kos.

Dua syarikat itu adalah Malaysia Airlines dan AirAsia Group Bhd seperti yang diramal oleh firma penyelidikan ekuiti pengangkutan Asia., Crucial Perspective.

Image via amazonaws.com

CEO Crucial Perspective, Corrine Png menjangkakan kedua-dua syarikat penerbangan itu bakal menaikkan tambang sekurang-kurangnya 10 peratus

CEO Crucial Perspective, Corrine Png

Image via Getty Images

"Sudah pasti syarikat penerbangan perlu menaikkan tambang untuk memindahkan kos bahan api lebih tinggi kepada pelanggan memandangkan harga bahan api pesawat meningkat sebanyak 33 peratus tahun ini.

"Namun, kemampuan untuk melaksanakannya secara berkesan akan bergantung kepada permintaan dan bekalan industri, selain bagaimana syarikat penerbangan pesaing lain bertindak," katanya kepada Berita Harian.

Png berkata risiko keuntungan akan susut mendadak jika syarikat penerbangan tidak melakukan sedemikian

Png berkata, AirAsia dan Malaysia Airlines akan 'menguji' terlebih dulu dengan menaikkan purata tambang masing-masing sebanyak lima peratus atau melaksanakan surcaj bahan api sebagai item berasingan.

"Syarikat penerbangan akan kehilangan sebahagian daripada trafik pelancongan yang sensitif ke atas harga, namun kami tidak menjangkakan trafik berkaitan perniagaan akan terjejas," katanya.

Anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines, Scoot sudah pun mengumumkan tentang kenaikan tambang sebanyak lima peratus secara purata

Kenaikan itu, yang berkuat kuasa 1 September ini akan menambah antara S$5 hingga S$30 (RM14.91 hingga RM89.46) kepada kos setiap perjalanan sehala bergantung kepada tempoh penerbangan.

Sementara itu, AirAsia berkata ia akan menyemak tambang berdasarkan beberapa faktor termasuk harga minyak

Image via stuff.co.nz

"Kami telah membina daya tahan yang tinggi di dalam perniagaan dengan menjadi sangat berdisiplin dari segi kos bukan bahan api dan yakin mempunyai kemampuan mencukupi untuk menangani sebarang perubahan harga minyak," kata seorang jurucakapnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan risau. Masih ada cara untuk dapatkan tiket murah!

Bercuti dalam negara pun seronok apa!

You may be interested in: