seismik

5 Sebab Kenapa Pulau Kapas Destinasi Terbaik Untuk 'Weekend Chill' Bersama Kawan-Kawan

Sesuai sangat untuk trip 2 hari 1 malam.

Cover image via Farouq Johari

Pulau Kapas; satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar pantai dan pulau peranginan

Image via Farouq Johari

Syurga tropika yang terletak di Marang, Terengganu ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang sememangnya unik dan mempesonakan. Ramai mengakui bahawa pulau ini adalah antara yang terbaik untuk dilawati semasa hujung minggu.

Bagi sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki ke Pulau Kapas, pasti akan tertanya-tanya, "Apa yang istimewa sangat dengan pulau kecil ini?"

Bagi menjawab persoalan tersebut, lihat 5 sebab di bawah:

1. Hanya 10 minit dari tanah besar

Image via TSG #KasiJadi

Mungkin ada di antara anda yang selalu mengalami mabuk laut apabila perlu menaiki bot selama berjam-jam untuk ke sesuatu lokasi. Tetapi untuk ke Pulau Kapas, perjalanan bot hanya mengambil masa 10 minit dari tanah besar ke pulau.

Jadi, perasaan mabuk laut tidak mungkin terjadi dek kerana perjalanan yang terlalu singkat. Tak perlu risau lagi!

2. Air laut biru kehijauan jernih bak kristal

Image via TSG #KasiJadi

Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, anda pasti rasa tidak percaya sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini. Rasa seperti berada di kepulauan yang sangat jauh di tengah laut apabila melihat keadaan air laut tenang, membiru, bersih, dan jernih bak kristal. Memang cantik!

Malah, kecantikan air laut di sini setaraf dengan pulau-pulau popular lain di serata dunia. Buat apa pergi jauh-jauh kalau anda boleh dapat pengalaman yang sama di Pulau Kapas?

Crystal clear ocean!

Image via Farouq Johari

3. Lebih murah berbanding pulau-pulau lain

Image via Farouq Johari

Yup!

Pulau Kapas memang sesuai untuk percutian bajet bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Tiada satu pun resort atau hotel bertaraf 5 bintang. Semuanya lebih kepada chalet bajet.

Kalau nak lagi jimat, boleh juga stay di salah satu campsite di sini. Satu malam baru RM20! Campsite di sini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan macam-macam lagi. Oh, khemah juga disediakan.

Bilik mandi open air.

Image via Farouq Johari

Khemah boleh muat 3-4 orang.

Image via Farouq Johari

4. Penuh dengan corals dan hidupan laut berwarna-warni

Image via Farouq Johari

Snorkeling di Pulau Kapas adalah satu aktiviti yang tak boleh dilepaskan. Tak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, snorkeling di kawasan pesisir pantai sudah memadai dan pastinya akan membuat anda terpukau.

Pemandangan bawah laut di sini dipenuhi dengan corals berwarna-warni dan ikan-ikan berenang keriangan. Senang cerita, bila dah start memang susah nak stop sebab lawa sangat!

Warna-warni!

Image via Farouq Johari
Image via Farouq Johari

5. Ada juga hiking, jungle trekking, dan cliff jumping!

Image via Farouq Johari

Kalau snorkeling masih tak cukup, apa kata luangkan sedikit masa untuk menapak ke Bukit Singa dan Batu Berakit untuk aktiviti yang lebih adventurous.

Walaupun sedikit jauh, perjalanan sekitar 40 minit ke Bukit Singa, dan satu jam ke Batu Berakit sememangnya berbaloi kerana anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan sebaik tiba di sana.

Di Batu Berakit juga, anda boleh lakukan aktiviti cliff jumping! Ehem, bagi yang berani sahaja ya.

Bukit Singa

Image via TSG #KasiJadi

Batu Berakit

Image via TSG #KasiJadi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak beli tiket flight murah? Baca tips di bawah:

Travel juga ke tempat-tempat ini. Cun habis!