seismik

Harga Konsultasi Di Klinik Swasta Mungkin Naik 3 Kali Ganda Mulai Tahun Depan

Tuntutan kenaikan harga kali terakhir dilakukan pada 2006.

Cover image via Blogspot

Caj lawatan ke klinik mahupun hospital swasta bakal melonjak sehingga tiga kali ganda mulai tahun depan

Image via apekecoh.com

Memetik laporan Bernama, caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, semalam.

Tuntutan kenaikan caj itu kali terakhir dilakukan pada 12 tahun lepas iaitu pada tahun 2006

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (perubatan), Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, penyemakan semula tuntutan kenaikan caj itu adalah kerana kali terakhir ia dilakukan pada tahun 2006.

“Menteri Kesihatan kemudiannya akan mengemukakan semakan yang dicadangkan bagi caj pengamal am kepada Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, maka ia akan dikemukakan kepada Kabinet untuk disokong,” kata Datuk Dr Azman.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (perubatan), Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Image via NST

Kemungkinan caj baru akan dilaksanakan pada awal tahun depan

“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.

Image via dailyrakyat.com

Beliau berkata kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu.

"Kami menghimpunkan semua pihak berkepentingan, bukan sahaja doktor yang mengusahakan klinik sendiri tetapi juga badan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna. Ini untuk memastikan semakan caj pengamal am ini dilakukan secara adil,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memberi amaran untuk tidak meningkatkan caj terlalu tinggi

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kenaikan 30 hingga 50 peratus dalam yuran konsultasi adalah munasabah.

Namun, beliau turut memohon agar kementerian tidak meningkatkan caj terlalu tinggi kerana ia boleh menambah beban kepada rakyat.

Beliau berkata kenaikan harga tidak boleh dikenakan kepada semua klinik swasta, kerana penduduk luar bandar tidak mampu untuk membayar yuran yang tinggi

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman.

Image via wp.com

"Bayaran harus selaras dengan demografi, lokasi dan perkhidmatan / kemudahan yang terdapat di klinik tertentu.

"Ini adalah kebimbangan utama di kalangan ramai kerana kos perubatan hari ini tidak mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan penduduk di kawasan luar bandar," kata Yusof.

Yusof berkata walaupun dalam kawasan bandar, yuran yang lebih daripada RM80 atau RM100 tetap akan membebankan pesakit

Image via NST

"Cadangan ini mesti dikaji dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu pesakit yang tidak mampu membayar yuran untuk menggunakan kaedah lain, seperti perubatan tradisional atau berubat di rumah. Atau lebih buruk tidak mendapatkan bantuan perubatan sama sekali," katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

SST bakal dikuatkuasa tidak lama lagi. Apakah senarai harga barang yang terkesan? BACA SINI:

Lagi artikel tentang kesihatan di SEISMIK!

You may be interested in: