seismik

Total Hangus RM650 Je, Lelaki Ini Kongsi Itinerari 6H5M Dari Bangkok Hingga Ke Khao Yai!

Bestnya! Murahnya!

Cover image via Instagram @nafysnawi

Tidak dapat dinafikan, Thailand adalah antara destinasi percutian yang sangat popular buat semua golongan masyarakat

Sama ada bercuti secara sendirian aka 'backpacker style', bersama rakan-rakan, ataupun keluarga, ramai yang suka singgah ke negara ini kerana hanya memerlukan bajet yang rendah.

Bila berbicara pasal Thailand juga, destinasi yang sering menjadi pilihan orang ramai sudah semestinya ibu kota negara itu iaitu Bangkok. Manakan tidak, semua tarikan yang terdapat di Bangkok pasti dapat memberikan kepuasan kepada pelancong.

Tapi bagaimana untuk menjadikan trip Bangkok anda lebih berbaloi dan fulfilling?

Haa... Mudah sahaja!

Singgahlah ke bandar-bandar sekitar Bangkok. Nak jimat duit, naik keretapi untuk pergi ke setiap bandar dan apabila sudah tiba, sewa sahaja motosikal untuk pergi mana-mana destinasi pilihan. Jika benar-benar tiada pilihan, barulah naiki teksi ataupun van.

Seperti yang dilakukan seorang lelaki ini yang telah membuat trip ke Bangkok-Kanchanaburi-Khao Yai, bermula dari Butterworth

Nafies Nawi telah pergi ke bandar-bandar di sekitar Thailand itu selama 6 hari 5 malam bersama kawan-kawannya dengan memperuntukkan bajet hanya RM650 seorang!

Nafies telah berkongsikan itinerari perjalanan di laman sosial miliknya yang kemudian dikongsikan semula oleh Facebook Penang Kini.

Lihat itinerari tersebut di bawah:

Nafies turut membuat video kompilasi trip penjelajahan dia sepanjang di bumi Thailand dan memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya, @nafysnawi.

Lihat video tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel trip percutian di SAYS Seismik:

You may be interested in: