Peminat Biscoff? Ini 7 'Snacks' Lotus Biscoff Unik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Malaysia
Haa, baru tahu kan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perisa Biscoff sudah tidak asing lagi kini, ramai yang gemarkannya kerana rasa unik itu
Mana tidaknya, rasa lemak-lemak manis dan karamel itu membuatkan ramai ketagih. Kebiasaannya, kita sering jumpa perisa ini semasa membeli yogurt di llaollao bukan?Bukan setakat itu, kek Biscoff, tart Biscoff dan banyak lagilah yang sedap-sedap!
Kalau anda nak tau, Lotus Biscoff ini bukan saja hadir dalam bentuk jam, sauce dan biskut. Macam-macam snek lagi yang boleh didapatkan di Malaysia ini. Bolehlah nikmati bersama keluarga nanti. Jom tengok!
1. Lotus Biscoff Sandwich Cookies
Biskut sandwich ini hadir dalam tiga perisa iaitu cream, coklat dan vanila. Selain boleh dihidangkan bersama kopi dan teh, anda juga boleh makan begitu saja. Rasa enak dan lazat tu buatkan anda rasa pasti satu tak cukup!
Harga: RM15
Klik sini untuk beli.
2. Aiskrim stik Lotus Biscoff
Aiskrim stik ini disaluti dengan biskut, sapuan Biscoff dan coklat Belgian. Hadir dalam kotak yang mengandungi tiga stik. Aiskrim ini hanya boleh didapati di Village Grocer dan Ben's Independent Grocer (B.I.G). Tunggu apa lagi? Jom beli!
Harga: RM44.90
3. Lotus Biscoff KitKat
Peminat KitKat? Peminat Lotus Biscoff juga? Gabungan kedua-dua rasa ini memang sedap, tak tipu! Rasa manis coklat dan lemak karamel itu memang puas!
Harga: RM23.90
Klik sini untuk beli.
4. Lotus Biscoff & Go
Dah macam jajan zaman dulu-dulu masa kecil kan? Lotus Biscoff & Go ini hadir dengan biskut memanjang dan jam Biscoff untuk dimakan. Rasa rangup dan manis tu memang perfect!
Harga: RM24
Klik sini untuk beli.
5. Lotus Biscoff Topping sauce
Bakers di luar sana, tak perlu risau lagi kalau Biscoff jam habis stok. Anda boleh gunakan Biscoff topping sauce ini sebagai alternatif. Rasanya sama sedap, tinggal tuang dan siap!
Harga: RM79
Klik sini untuk beli.
6. Lotus Biscoff Speculoos Rolls
Yang ini kalau makan sambil tengok movie, confirm habis. Ada yang kata memang ketagih, sekali ngap pasti nak lagi!
Harga: RM19.90
Klik sini untuk beli.
7. Sapuan Lotus Crunchy atau Lotus Smooth
Sapuan Lotus Biscoff terdapat dalam dua jenis, iaitu smooth dan crunchy. Biasa digunakan bahan untuk hidangkan roti, pancake, waffles dan lain-lain lagi. Hadir dalam pelbagai saiz. Jom beli!
Harga: RM22.50 hingga RM149.50
Klik sini untuk beli.