seismik

Atlet Termuda Negara Berjaya Rangkul Pingat Emas Dan Beliau Baru 9 Tahun!

Umur 9 tahun dah dapat pingat emas. Hebat!

Cover image via Asia News Network

Atlet Sukan SEA termuda Malaysia, Adam Yoong muncul JUARA dalam acara ski air trick lelaki

Image via BERNAMA

Hanya berusia sembilan tahun, Adam berjaya memaparkan prestasi yang mengagumkan, sekali gus melayakkan pasukan ski air merangkul pingat emas keempat

Image via BERNAMA

Adam menang pingat emas acara trick lelaki selepas meraih 3,860 mata, menewaskan peserta lebih dewasa termasuk pemenang pingat perak, Dimas Ridho Suprihono dari Indonesia (3,440), manakala seorang lagi peserta Malaysia, Febrianto Kadir, menang gangsa.

Masa umur 9 tahun dulu, apa yang kita semua dah capai? :P

Kejuaraan ini menjadikan Adam sebagai pemenang pingat emas termuda di Sukan SEA #KL2017

“Tak sangka boleh menang emas kerana saya hanya melakukan yang terbaik, tanpa memikirkan pencapaian atlet lain termasuk abang, Aiden,” katanya yang mula berlatih bermain ski air sejak berusia empat tahun.

Sementara itu, kakaknya Aaliyah Yoong membawa pulang dua pingat emas dalam acara jump dan trick

Aaliyah Yoong (tengah) bersama dua beradik lelakinya Aiden Yoong (kiri) dan Adam Yoong (kanan).

Image via Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Aaliyah Yoong, 14, turut memenangi emas keseluruhan wanita pada Sabtu lalu.

Ratu ski air negara itu meraih dua pingat emas pada hari yang sama semalam (29 Ogos) selepas cemerlang dalam acara jump dengan lompatan sejauh 32.6 meter, dan meraih markah tertinggi dalam acara trick iaitu 5,880 markah berbanding lima wakil negara lain.

“Saya amat gembira dengan persembahan sebentar tadi kerana berdasarkan keyakinan, saya ingin melonjakkan butir emas dalam temasya sukan kali ini.

“Akhirnya terbukti dengan pertambahan pingat saya sebentar tadi,” kata Aaliyah.

Aaliyah masih kekal sebagai pemenang pingat emas termuda negara apabila berjaya merangkul pada kejohanan Sukan SEA 2011 di Indonesia pada usia lapan tahun

Image via wp.com

Walaupun baru berusia 14 tahun sekarang, Aaliyah kini tersenarai sebagai atlet ski air terbaik dunia

Aksi Aaliyah dalam acara jump.

Image via Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Menurut Adam, kemenangan itu membakar semangatnya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencipta kejayaan lebih gemilang.

Adam juga berharap mampu menjadi atlet sebaik kakaknya yang bukan saja menang tiga pingat emas, malah disenarai sebagai atlet ski air terbaik dunia.

Tahniah Adam dan Aaliyah! Semoga terus sukses!

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bahang Sukan SEA masih belum tamat. Baca semuanya DI SINI:

You may be interested in: