seismik

Alhamdulillah, Bayi Kuat Ainul Mardhiah Semakin Sihat & Boleh Dipindahkan Ke Wad Biasa

Kedua-dua orang tua Ainul juga dikatakan masih berada di London selama bayi itu masih mendapatkan rawatan di sana.

Cover image via Ahmad Safiuddin / Facebook

Berita baik untuk rakyat Malaysia, bayi kecil Ainul Mardhiah semakin baik dan mungkin boleh dipindahkan ke wad biasa

Syukur, Alhamdulillah.

Anak syurga yang baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan mulut pada awal minggu ini dikatakan bertambah sihat dan dijangka boleh dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

Lebih manis lagi, usia Ainul Mardhiah genap 10 bulan hari ini.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin telah berkongsikan berita baik tersebut di laman Facebook miliknya awal pagi tadi

Berita baik tersebut dikongsikan sejurus dia dimaklumkan oleh jururawat Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), The Imperial College Healthcare NHS, London.

Bapa Ainul turut menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadanya mengenai keadaan Ainul dan berapa lama lagi mereka akan berada di London. Antaranya:

Soalan 1 : Berapa lama ainul akan berada di london?
Soalan 2 : Bila ainul boleh balik malaysia?

Jawapan 1 : kami tidak pasti. Dengar khabar, mungkin sebulan, mungkin lebih atau mungkin kurang dari sebulan. 

Mereka di sini mahu pantau ainul dulu. Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuhan itu tidak akan datang semula ( Semoga Allah jauhkan ). Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini ( berulang ), mungkin Ainul boleh balik.

Sebenarnya, kami sebagai penjaganya boleh sahaja minta ainul segera dibawa pulang. Tapi, demi kebaikan ainul, kami akan selesaikan semua perkara penting di sini sebelum ainul dibawa pulang ke tanah air. 

Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk ainul keluar dari hospital. Untuk masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas buat pembedahan. Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan ainul akan ada fasa " Belajar makan guna mulut ". 

Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar ainul makan menggunakan mulut. Selain pernah memiliki ketumbuhan, ainul juga memiliki cleft palate ( Sejak lahir ). Surgery untuk cleft palate ini mungkin akan dibuat selepas ainul dapat berat badan yang sesuai ( 6kg - 8kg ). 

Jawapan 2 : Bila semua di atas telah selesai, kami akan bawa ainul pulang ke tanah air berjumpa dengan tuan puan yang baik hati dengan izinNya.

Safiuddin turut berkata bahawa jika anaknya itu sudah boleh bertutur, mungkin Ainul sendiri bakal mengucapkan terima kasih buat semua yang membantu dan mendoakannya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semoga bayi Ainul terus sihat, InsyaAllah

You may be interested in: