seismik

[VIDEO] Al Jazeera 'Terciduk', YouTuber Ini Jelaskan 15 Kesalahan Dalam Dokumentari Mereka

Fuh! Rasanya terdiam Al Jazeera lepas baca ini.

Cover image via Other Side of the Truth / Facebook

Masihkah anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini?

Terbaru, saluran YouTube 'Other Side of the Truth' yang memiliki lebih 78,000 pengikut tampil dengan video baharu yang merungkai kesilapan-kesilapan dilakukan agensi berita tersebut dalam memberikan laporan mengenai cara Malaysia menangani Covid-19 khususnya melibatkan warga asing.

Dikongsi semalam (14 Julai 2020), video berjudul 'Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera' itu sehingga kini sudah meraih lebih 238,000 tontonan.

Video itu dihasilkan bagi memberi saranan agar Al Jazeera turut memandang bagaimana negara-negara lain melayan warga asing yang disifatkan jauh lebih teruk

Menurut laporan, YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Dr Dustin Pfundheller berkata Al Jazeera membuat laporan yang tidak seimbang terhadap Malaysia. Dia berasa kecewa melihat banyak kesilapan dalam video oleh syarikat penyiaran antarabangsa itu.

"Banyak benda memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya menangani Covid-19, namun digambarkan salah oleh Al Jazeera.

"Maklumkan pada saya jika ada yang saya terlepas pandang. Adakah anda bersetuju dengan 15 senarai oleh saya ini?

"Satu perkara yang bagus tentang mengenai video Al Jazeera ini, ia mengajak kita berbincang dengan baik" ujarnya.

Berikut merupakan 15 kesalahan yang disenaraikan oleh YouTuber tersebut:

1) Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.

2) Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan Covid-19.

3) Menutup ruangan komen bagi dokumentari itu di YouTube mereka.

4) Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditembual.

5) Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.

6) Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.

7) Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan mangsa.

8) Mendakwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.

9) Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.

10) Memaparkan kononnya pekerja asing digari dan dibiarkan di bawah terik mentari.

11) Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan Covid-19.

12) Memaparkan laporan tidak jujur seperti kanak-kanak digari dan sebagainya.

13) Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.

14) Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi Covid-19


15) Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.

Hasil tinjaun di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen memberikan ucapan terima kasih atas pencerahan yang dibuat oleh Dr Dustin sekaligus menjelaskan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Anda boleh tonton video penuh tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: