"Allah! Allah!" - Ustaz Kongsi Pengalaman Sayu Urus Jenazah Adik Yana Samsudin
Sebaknya!
Selasa lalu, pelakon Yana Samsudin memaklumkan tentang pemergian mengejut satu-satunya adik lelaki beliau iaitu Muhammad Fahmi Harith Samsudin yang telah menghembuskan nafas terakhir di usia 30 tahun
Menerusi entri yang dibuat pelakon wanita itu, dia meluahkan rasa sayu terhadap pemergian mengejut adik lelakinya yang meninggal dunia di saat baru 37 hari bergelar seorang bapa.
Sedih dengan kehilangan insan kesayangannya itu, Yana berkata adiknya telah meninggal dunia seorang diri di dalam rumah memandangkan isterinya sedang menjalani proses berpantang di Sarawak ketika ini.
Arwah bagaimanapun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng Johor.
Sementara itu, seorang ustaz yang menguruskan jenazah arwah iaitu Ustaz Faizal Khalid ada menceritakan pengalaman beliau di saat dia menemukan jenazah di rumah selepas setelah dimaklumkan ahli keluarga arwah
Menerusi perkongsian yang dibuat ustaz tersebut di laman Instagram miliknya, dia berkata kes yang diterimanya itu tidak seperti kes yang diuruskan olehnya sebelum ini di mana suasananya amat sayu dan berbeza.
Mana tidaknya menurut beliau, ketika ingin mengambil kain untuk menyelimutkan jenazah, dirinya ternampak satu nota yang ditinggalkan oleh isteri arwah di pintu bilik yang secara tidak langsung menggambarkan kerisauan wanita itu terhadap arwah.
Namun apa yang lebih menyedihkan, ustaz ini berkata dia juga melihat ada sepasang baju bayi di tepi bahu arwah dan baru menyedari bahawa arwah baru sahaja bergelar seorang bapa selama 37 hari.
Perkara yang dilihat itu telah membuatkan dirinya tersentak dan sayu sehingga tidak mampu berkata apa-apa.