seismik

Isteri Berpantang Di Sarawak, Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Seorang Diri Di Rumah

Takziah buah Yana sekeluarga

Cover image via Instagram @yanasamsudin

Bulan lalu, industri hiburan tanah air baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian dua selebriti popular iaitu Abam Bocey dan juga Ashraf Sinclair

Berita tersebut telah memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga mereka, bahkan juga kepada rakan artis dan peminat secara keseluruhannya.

Namun terbaru, sebuah perkhabaran sedih diterima dari seorang selebriti wanita yang pernah popular dengan filem Adnan Sempit iaitu Yana Samsudin apabila satu-satunya adik lelaki dalam keluarganya telah meninggal dunia, semalam.

Perkhabaran sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Yana di laman Instagram miliknya

View this post on Instagram

Innalillahwainalillahirojiun... lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni... Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari..... . . Dik... ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik... kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat... Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya... . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik... . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik... . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak... amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari ... yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menerusi entri yang dibuat pelakon wanita itu, dia meluahkan rasa sayu terhadap pemergian mengejut adik lelakinya yang meninggal dunia di saat baru 37 hari bergelar seorang bapa.

Sedih dengan kehilangan insan kesayangannya itu, Yana berkata adiknya telah meninggal dunia seorang diri di dalam rumah memandangkan isterinya sedang menjalani proses berpantang di Sarawak ketika ini.

Apa yang lebih menyedihkan, menerusi caption yang dibuat olehnya itu, Yana juga berkata bahawa mereka sepatutnya pulang ke kampung halaman yang terletak di Yong Peng untuk menyambut hari lahir bersama-sama, namun ia tidak kesampaian.

Susulan daripada berita sedih yang disampaikan oleh pelakon itu, beberapa rakan artis tidak ketinggalan untuk mengucapkan takziah kepada Yana

Diharapkan agar Yana sekeluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Al-Fatihah buat kalian:

You may be interested in: