"Amaran Nuklear" - Cubaan Wanita Prank Pasangan Ketika Layan Siaran Di TV Berubah Cuak
Reaction partnernya tu seram betul.
Ancaman serangan nuklear terhadap sesebuah negara mampu menggugat kestabilan sosiologi manusia
Malah, pihak kerajaan sesebuah negara juga perlu sentiasa memastikan ancaman itu tidak akan berlaku.
Lain pula yang terjadi pada video kali ini berkenaan tindakan seorang wanita yang cuba prank pasangannya ketika mereka sedang menonton televisyen telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok melayan rancangan di televisyen, tiba-tiba skrin berubah siaran
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @tkm_familia di TikTok, dilihat gelagat seorang wanita yang ingin prank pasangannya semasa mereka sedang melayan siaran di televisyen.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu dilihat dengan sengaja melakukan screen mirroring melalui video berkenaan ancaman nuklear dari telefon pintarnya.
Reaksi pasangannya yang cuak sebaik sahaja melihat siaran tersebut, dia dengan segera membuat persiapan untuk meninggalkan rumah berkenaan.
"He grabbed his stash and said let’s go" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi serius lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 1.3M tontonan, 62.2K tanda suka dan 1.1K perkongsian di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!