seismik

Ambil Upah RM400 Sebulan Jaga Kebun Demi Sara 6 Anak Bersekolah & Isteri Penghidap Kanser

Berat sungguh ujian mereka sekeluarga ini.

Cover image via Sinar Harian

Ujian yang diberikan oleh sebuah keluarga ini cukup berat. Bukan sahaja diuji dengan masalah kewangan, malah turut berhadapan dengan masalah kesihatan salah seorang anggota keluarga.

Tidak dapat dinafikan, nasib mereka ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Satu per satu masalah yang perlu dihadapi dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi.

Dikenali sebagai Ariffin Abd Hamid, 55, menjelaskan bahawa sebelum ini dia bergantung harap kepada pendapatan mengait kelapa sawit untuk menyara keluarga. Namun begitu, kini dia tidak lagi mampu melakukan kerja berat selepas bahu kanannya cedera akibat tertusuk bilah sabit.

Tambahan pula, isterinya, Harlina Mohd Tuan, 42, telah disahkan menghidap kanser payudara yang dikesan ketika hamil anak bongsu sejak dua tahun lalu

Bukan itu sahaja, Harlina baru sahaja disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua bulan yang lalu.

Menurut laporan, Ariffin mengucapkan rasa syukur apabila anak dalam kandungan tidak gugur walaupun isterinya terpaksa menjalani pembedahan membuang sel kanser. Namun begitu, sejak isterinya menghidap kanser payudara, Ariffin berkata dia tidak mampu untuk menyediakan kos ulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur dari Kampung Banting bagi menjalani rawatan setelah enam kali menjalani kemoterapi.

Jika sebelum ini dia menggunakan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor untuk bayaran kos ulang-alik, namun bantuan itu kini tidak lagi diperoleh. Mereka sekeluarga kini bergantung sepenuhnya kepada hasil upah menjaga kebun adik-beradik Ariffin. Selain itu, dia turut menjalankan kerja-kerja menanam sayur.

Gambar sekadar hiasan.

Image via ZMFarm
Saya pula pendapatan tak tetap dan hanya bergantung harap kepada upah menjaga kebun kelapa sawit yang dianggarkan hanya RM400 sebulan."
Ariffin

Lebih menyedihkan, enam daripada lapan orang anaknya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi

Ariffin bersama isteri serta anak sulungnya.

Image via Sinar Harian

Menurut Ariffin, anak sulungnya iaitu Fatin Nursyafiqa, 21, terpaksa menolak tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana kekangan kewangan yang dihadapi mereka sekeluarga pada ketika ini.

"Sebagai bapa saya memang ada keinginan melihat anak belajar sampai ke menara gading tapi atas faktor kekangan kewangan kami tak mampu meneruskan hasrat itu.

"Adik-adiknya lain juga memerlukan perbelanjaan ke sekolah dan saya buntu memikirkan masa depan mereka dalam keadaan kami dihimpit kemiskinan," katanya.

Nasib keluarga ini bagaimanapun telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar iaitu Rizam Ismail

Pihak mereka kini menyalurkan sumbangan keperluan untuk meringankan beban keluarga berkenaan. Malah, Rizam turut menjelaskan bahawa dia akan panjangkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk memastikan keluarga ini mendapat pembelaan sewajarnya.

NOTA: Jika anda ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat sedemikian dengan menghubungi Ariffin di talian 019-3187044 atau menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Harlina Mohd Tuan melalui nombor 1014841000098321.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: