seismik

Anak Asyik 'Melekat' Dengan Baba, Lelaki Ini Geram Isteri Boleh Relax Tak Kena Kacau

Mesti baba pun kaki melayan anak-anak, itu yang diaorang sayang lebih.

Cover image via @fatin_2411 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, anak-anak yang masih kecil pasti lebih suka 'menempel' dengan ibu mereka kerana sudah menyusu sejak bayi bukan?

Jarang kita lihat anak-anak lebih memilih untuk melekat dengan ayah sepanjang masa kerana mereka selalunya lebih sibuk dengan kerja.

Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila gelagat seorang lelaki membebel kepada anaknya kerana sentiasa ingin melekat 24 jam telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Membebel suruh anak pergi dekat mommy, anak pula mengelat tak nak

Menerusi perkongsian video daripada @fatin_2411, kelihatan anaknya itu meminta si ayah untuk mendukungnya.

Jika dilihat dari gaya si kecil itu, dia memang manja dengan ayahnya sehingga si ayah naik pening memikirkan kenapa semua anak-anak ingin melekat dengannya saja dan bukan dengan ibu mereka.

Apa yang menghiburkan, dia tidak henti-henti membebel menyuruh anaknya pergi dekat ibunya pula kerana si ibu yang penat lelah melahirkannya. Tetapi, si kecil itu sempat melawan dan tetap ingin babanya juga.

"Itu tandanya bonding anak dengan baba kuat, jarang tengok ada anak nak baba dia je" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.4M tontonan, 104.1K tanda suka serta 5.2K perkongsian di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Malah, ada yang dapat relate dengan situasi itu juga kerana anak-anak lebih suka menempel dengan ayah berbanding ibu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar tengok baba dia stress siap membebel tapi anak tetap buat muka keras tak takut langsung :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: