seismik

Anda Masih Dibenarkan Memandu Kenderaan Walaupun Lesen Mati Sepanjang Tempoh PKP

Dengan syarat, insurans kenderaan masih lagi berkuat kuasa.

Cover image via News Viral

Pada 5 Mei 2020, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk kepada pengecualian pembaharuan Lesen Kereta Motor (LKM) dan lesen memandu dalam tempoh PKP ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Kenyataan itu selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lalu.

Menurut laporan, orang awam masih dibenarkan untuk memandu kenderaan walaupun Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun begitu, diikuti dengan syarat adalah untuk memastikan insurans kenderaan tersebut masih berkuat kuasa.

Walau bagaimanapun, JPJ kini memberi kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga bagi pembaharuan lesen memandu dan LKM kenderaan persendirian

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Borneo

Pihak JPJ menjelaskan bahawa mereka faham akan rungutan orang ramai berkaitan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga lain sahaja.

Oleh itu, pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ akan dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik Covid-19 ini. Malah, usaha pihak JPJ ini juga adalah bagi menyokong kelangsungan ekonomi dan pembukaan urus niaga berperingkat ini akan memfokuskan kepada kenderaan perdagangan atau komersial sahaja.

Seterus itu, JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain secara beransur-ansur dan mengikut SOP yang sedia ada.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: