seismik

Aplikasi Facebook Alami Gangguan Hari Ini, Pengguna Tidak Dapat Klik Gambar Yang Banyak

Jangan risau ya akaun Facebook anda masih selamat dan tak hilang.

Cover image via Facebook

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook hari ini mengalami gangguan sejak awal pagi tadi

Hasil tinjauan SAYS Seismik mendapati, ramai pengguna telefon pintar mengalami masalah yang sama iaitu di mana perkongsian yang diselitkan dengan gambar yang banyak tidak dapat dilihat.

Difahamkan masalah ini mulai berlaku sejak 5 pagi tadi sehingga kini. Menerusi laporan Down Detector, lebih 2,000 laporan oleh para pengguna telah dibuat menerusi masalah yang berlaku pada aplikasi ini.

Image via Down Detector

Dalam pada itu, tinjauan di media sosial juga mendapati ramai netizen meluahkan rasa kecewa di ruangan status masing-masing ekoran kejadian itu

Mereka menyatakan tidak dapat akses atau klik kepada gambar yang banyak pada status page atau rakan-rakan mereka di Facebook.

Walau bagaimanapun, dipercayai masalah ini berlaku hanya kepada pengguna telefon pintar yang menggunakan aplikasi tersebut.

Jika anda menggunakan dekstop komputer atau laptop dan log masuk menggunakan browser, anda boleh menggunakannya seperti biasa dan tidak mempunyai masalah seperti yang dinyatakan.

Tidak pasti sehingga bila masalah ini akan berlarutan, buat masa ini anda boleh menggunakan Facebook melalui browser atau Google Chrome di telefon pintar masing-masing untuk penggunaan optimum.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: